Thursday, December 3, 2009

Cuti & kunjungan Cikgu Besar

3/12/2009 (Khamis) - Hari ni Mummy cuti lagi. Patutnya turn Daddy cuti tapi daddy ada meetinglah pulak so terpaksalah Mummy yang cuti.

Hari ni satu2nya abang Mummy, Cikgu Bahrin dan keluarganya datang ke rumah Mummy. Ni first tima dia orang dtg rumah Mummy sejak Mummy pindah ke Bangi ni. Actually dia orang dlm rangka perjalanan cuti2 Malaysia ler... dia orang bercuti ke Cameron Highland. Apalah Yin ni org baru rangka2 nak singgah Cameron balik dari kenduri kahwin Arif nanti dia dah pergi dulu pulak...tak aci betul lah.

Apa yer nak masak hari ni? Budak2 sure hari ni tak ingat makan punye sebab leka main, lagipun pagi tadi Mummy masak nasi lemak, sure kenyang dia orang.

Oklah Mummy masak favourit menu abg Mummy ni la. Ikan parang masak lemak pedas dengan nenas. Bukan masak cili api tau, tapi lemak pedas maut!!!

Kiri - Bahan2 dia mestilah ikan parang digoreng, nenas, cili api, bawang merah dan bawang putih. Cili api mesti bubuh banyak2 klu nak bg kaw.2 klu tak nanti jadi masak lemak putih biasa ler pulak
Kanan - Tumiskan ler bawang2 dan cili tu sampai naik bau, Klu tak bau tu maknaya hidung korang sumbat ler...

Kiri - Masukkan nenas
Kanan - Kacau2 sampai nenas layu dan masukkan santan cair

Masukkan santan pekat dan ikan tenggiri yg dah digoreng td. Jgn lupa garam dan pak ajinomoto sekali.

Bila dah pekat sikit angkat dan hidang ler. Mangkuk tu bukan casserol yg Mummy baru beli tu yer. Ni dah lama Mummy beli zaman awal2 kahwin dulu. Yg baru beli ada dlm kotak lagi tak sempat nak check lg ada pecah ke tak.

Masa Mummy sibuk masak si Dania dan Dafiy pun sibuk 'kerja' gak rupanya. Tengok si Dania tu main bedak dah macam zombie kampung pisang. Si Dafiy tu apa kena pulak 'seluar kecik' Danny letak kat kepala. Sure kerja si Dania tu

Tengok dipunggahnya semua pinggan mangkuk dan disusun cam kat restoran la pulak. Sabar jer la...standard ler lepas main ditinggalnye jer...Mummy gak yang kena kemas!
Selain dari masak ikan parang ngan nenas, mummy buat udang goreng tepong, goreng ikan tenggiri dan goreng sayur jer.

Yin sampai rumah Mummy hampir kul 3pm. Standard la dia orang ni dah singgah makan dulu kat kedai sebab tak nak menyusahkan Mummy. Lastnya menu tu untuk makan malam ler nampaknye. Oh ya Mummy dapat jajan dari Cameron.

5 comments:

  1. sedapnya masak ikan parang cam arwah abah masak pedas, pekat lepas makan terjelir2 lidah kepedasan. tanty banyak ke soping kat TAR.aku ingatkan nak ikut tapi jga aqil lak

    ReplyDelete
  2. Tanty g beli baju ngan tudung... orang lain nak kahwin sibuk di lak yang cair baju baru...heheheh

    ReplyDelete
  3. sedapnya ikan parang tu. Itupun menu kegemaran aku tu...tapi mengenangkan pasangan kurang menggemari ikan parang (banyak tulang malas nak buang)..so mama pun dah lama x masak...nanti gi rumah mummy masa menu ni yea..

    ReplyDelete
  4. eiii.... mama miraki jangan ingat makan aja la diet tu cam ne

    ReplyDelete
  5. alah letihlah nak diet2 ni...hihihihi makan sayur je,,cam kambing ler pulak...hihihihihi cam dah hampir patah semangat aje ni

    ReplyDelete