Showing posts with label tag. Show all posts
Showing posts with label tag. Show all posts

Tuesday, May 4, 2010

Wasiat Dari Comeisari

Minggu lepas Mummy dapat message dari wakil Amanah Raya si Comeisari. Mengikut ceritanya ada jutawan dari Timur Tengah sudah tinggalkan wasiat dan harta peninggalan bernilai jutaan dollar untuk Mummy. Tapi disebabkan Mummy agak sibuk tak sempat lah pulak nak ambil harta wasiat tu... Cam berlagak kan Mummy ni ... org tinggalkan wasiat pun tak nak amik cepat2....hehehe. Comei kata wasiat tu kena bukak depan penerima dia je...so Mummy pun mengfreekan diri untuk melihat apa harta yang ditinggalkan kat Mummy...


+ + moo...moo... + +

+ + moo...moo... + +

+ + moo...moo... + +

+ + moo...moo... + +

+ + moo...moo... + +

+ + moo...moo... + +

+ + moo...moo... + +

+ + moo...moo... + +




Nak enan kedekut punye jutawan...bagi Mummy seekor jer Mr Moo ni... koman2 pun bagilah 500 ekor ke apa... senang sikit Mummy nak bukak ladang bela lembu kat kampung .

Alahai dah dapat Mr Moo seekor mesti ada nak kena uat something ni...

1. Thank & link the person that gave you the cow - done


2. Bagi balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active atau7 paling tak active
Kalau ada follower atau silent reader blog Mummy ni (ada ke???) dialu2kan untuk menerima wasiat ni ye. Pas tu ols kategorikan diri maing2 samada active atau tidak...

3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat...
Wahai orang2 Kampung Siber....dengan ini diumumkan bahawa orang kaya kedekut dari Kg Sepening Lalat baru saja meninggal kerana dilanggar oleh lembunye yang naik minyak. Beratus2 lembunya pulak mati kerana terkejut. Semasa nazak orang kaya kedekut ini sempar berwasiat...so jangan lupa terimalah wasit dari orang kaya kedekut ni...


4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv
- surf internet guna hp
- potong kuku
- 'nenen'kan Dafiy

5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan
- bab makan memang Mummy amat memilih so kalau benda2 makan yang pelik2 memang direject oleh tekak Mummy ni... Mummy lah budak kampung yg tak suka makan lempeng, cucur, cekodok, gulai pisang, tumis betik.. juga tak suka burger, pizza, cream soup, spagethi (walau selalu buat utk anak2), lazagna, cheesecake...
 6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK
  - Tak pernah kisahlah pulak berapa ramai... pi lah check sendiri...

7. Feveret soalan ni.....camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe...kat mana???
- kat tepi longkang!!! hahaha.... biarlah rahsia...kan daddy kan...

Saturday, March 13, 2010

Kena Tag Ngan MMirror

Oh mirror2 on d wall kenapa la tag Mummy? Tapi tak pe la Mummy jawab la juga.. ni Mummy kat opis tau.. tengok anak2 buah attend training...kenalah tunjuk muka Mummy yang ayu ni...klu tak nanti takut lak ada yang mengumpat Mummy... apalah suruh orang dtg opis hari sabtu tapi diri sendiri santai2 kat rumah je... hehhe

1) Apa yg paling anda cemburukan dari org lain?

Makan banyak tapi badan maintain 'S'...
2) Upload satu gmbr yg paling menggelikan/menakutkan anda dan kenapa?
Terlalu geli dan menakutkan sampai tak lalu nak upload...hehhe

3) Org yg mcm mana yg paling anda tak paham...
Orang yang sanggup dera anak2 kecil, dia orang tu x de o*** ke? (Sorry le kasar sikit....)...memang mental btul orang2 cam tu

4) Tag lagi org lain... 5 org.
i) Aaron Aziz

ii) Fahrin Ahmad
iii) Dr SMS
iv) Tom Cruise
v) Brad Pitt .... dan semua lelaki2 hensem yang sudi untuk di TAG...hahahah

Thursday, December 24, 2009

Tag dr Miss Mirror - soalan tertinggal

SOALAN TAG NO 4 - 6 YANG KECICIRAN
4. Bilakah kali terakhir anda makan pizza?

Tak pernah makan pizza dalam erti kata sebenar... klu makan pun setakat ambik crust dia or topping dia sikit2 jer... tu pun sbb anak2 subuk nak makan....kenapa tak percaya ke???? Sorrylah pizza not my pabret food... tekak Mummy lagi rela makan tempe + tauhu goreng cicah sambal kicap dpd mkn pizza ngan cheese bergetah2 tu...hahahah....

5.Apakah lagu terakhir yang anda dengar?
Tengah bukak blog Mummy so lagu terakhir dengar lagu Raihan, Satu Pengakuan... rasa kerdil sangat diri ni bila dengar lagu ni kan... tapi tu lah... tak insaf2 gak..asyik2 nak enjoy & vogue jer...

6.Apakah yang anda buat selain menyelesaikan Tagged ini?
Dengar lagu Raihan, Satu Pengakuan la... sambil2 tu jengok2 gak ladang2 Mummy tu.. kan lunch hour ni... sat lagi nak pi RHB byr SOCSO, PSMB, EPF dan yang sewaktu dengannya....

Wednesday, December 23, 2009

Kena Tag dengan MM

Kita tengok sapa yang kenaaaaaaaaaaaaaa. Mummy dah kena tag ngan Miss Mirror. So Mummy layan jer la...... sapa sudi tag la diri sendiri yer... hahaha

===========================================

1.Adakah anda rasa anda HOT?
- Kekadang bukan jer rasa HOT tapi VOGUE gak
- Klu anak2 x dngr kata mmg ler HOT
- Klu mkn sup mest masa HOT, klu blh betul2 baru angkat dr periuk


2.Upload gambar yang anda suka.



3.Cerita pasal gambar

 Tu rumah pusaka peninggalan emak dan abah Mummy. Kalau rindu kat kampung, Mummy tengok la gambar ni. Terlalu banyak kenangan kat rumah ni. Gambar ni masa raya tahun ni. Tu yg cam meriah, siap pasang langsir lagi kat pondok kecik tu...

Tak tau kenapa lepas no 3 terus no 7, kena tanya Miss Mirror

7.Selain nama sendiri,apa panggilan yang orang guna untuk panggil anda?

Poji & Uji (nama masa kecik2 tak tau bila dah besar boleh tukar jadi Gee la pulak... nak glamour sikit kut...hahahah).
Fozi - nama ni abah jer sorang yang guna
Kodi - rasanya dulu atuk panggi Mummy 'Kodi'
Ogy - digunakan oleh one of my x-officemate, kat FB pun dia panggil Mummy guna nama ni lagi
Kerempeng - digunakan oleh Kak R** member tempat kerja lama Mummy


8.Tag lagi 6 orang...

 Mummy tag kawan masa main pondok2 dulu lah yer ....
  • Aaron Aziz
  • Dr Sheikh Muzaffar
  • Brad Pitt
  • David Backem
  • Upin & Ipin
  • Semua reader blog Mummy yang berani sambut tag ni
wa semuanya hero2 pujaan ni, harus daddy jeles nanti....hahahah
9.Siapakah gerangan no 1 pada anda?

Sudah gaharu cendana pula... malu lah nak jawab.... dia ni peminat Mummy la... eh silap Mummy peminat dia... Suka tengok dia berlakun 'Kasih Tercipta' ngan Nasha Aziz dan Erra Fauziah Fazira


10.Kata sesuatu mengenai orang no 5..

Member kamcing anak2 Mummy


11.No 3 ada hubungan apa dengan anda?

 Dia ni anak saudara sepupu makcik Mummy belah atuk lelaki sebelah abah. Cam tu lah hubung kait kita org. Klu nak paham korang kena draw family tree la... hihihi



12.Bagaimana pula dengan no 4?

 Dia ni patutnya tak payah penat2 main bola la. Berlakon er sudah la


13.Pesanan kepada orang no 6..

 Ada berani??? Klu berani jawap lah tag ni

14.Kelebihan pada no 2?

Handsome, kacak, macho, ganteng dan yang sewaktu dengannya.