Thursday, August 12, 2010

Perasmian 'tak rasmi'

Pagi tadi masa nak gi kerja Mummy terpaksa buat 'majlis perasmian' dan potong reben. Mummy terpaksa rasmikan salah satu 'tudung raya' Mummy. Masa belek2 tudung nak gi kerja rasa cam sesuai lah pulak tudung raya Mummy dengan baju yang Mummy pakai hari ni....itulah sapa suruh beli tudung raya awal2 kan dah terpakai. Nasib baik Mummy berjaya 'buat2 tak nampak' baju raya yang dah siap dan tergantung kat almari tu setiap kali nak ambik baju...heheh perangai sam budak2 gak kan, pantang ada kain baju baru terus nak pakai....

Matching tak?

Posing2 sebelum gi opis pagi ni...

Perasan tak si Dania bergambar dengan katupkan mulut dia rapat2? Emmm ada rahsia tu... gigi dia malam semalam patah. So rongak dah anak dara Mummy ni...

1 comment:

  1. ala tudung ko kan banyak pakai aja la, bukan raya nanti nak bertudung 24 jam. kalau tak cukup beli lagi lambat lagi raya

    ReplyDelete