Sunday, August 29, 2010

17 Ramadhan 1431

17 Ramadhan (Jumaat), cuti Nuzul Quran untuk negeri Seleangor dan beberapa negeri yang lain. So hari ni Mummy cuti tapi Daddy kerja sebab opis dia area KL. Lepas sahur Mummy terus start xtvt buat biskut raya, ni kira bersambung dari malam tadi la.. hehehe... N3 pasal biskut raya nanti Mummy buat kemudian.

Petang ni nak balik ke kampung Daddy, so balik dari saloon Mummy singgah kedai daging. Mummy sempat masak daging black pepper dan sambal telur puyuh je untuk bekal balik berbuka kat kampung.

Pukul 5pm baru bertolak balik. Sure tak sempat sampai kampung ni dengan jam lagi. So Mummy singgah pasar ramadhan beli nasi ayam ,mee goreng, air dan kuih2 untuk buka puasa. Sempat lagi si Daniel dan Danish mengecek Mummy belikan bunga api.

Jalan Memang jam, itu pun Daddy ikut SKVE dan masuk ke Guthire hway. Singgah kat hentian sebelah Behrang untuk buka puasa.

Mummy sempat masak sambal telur puyuh dan daging masak black pepper jer untuk bekalan

Daniel makan nasi ayam...

Danish pun nasi ayam gak

Lupa nak bawk tikar so duduk je kat tembok... ramai orang 'berkelah' bawah pokok kat hentian sebelah Behrang

Sampai kampung anak2 tak sabar main bunga api... Bunga api ni Mummy beli kat bazar ramadhan...

Tak ada mercun2...semua bunga api budak2 je...

Lepas main bunga api, si Danish mengadu pening kepala dan terus demam. Ubat semua tak bawak la pulak, so bagi dia makan paracetamol terkeluar semula sebab dia tak biasa makan ubat pil... malam Mummy & Daddy pun tidur tak lena sangat, kejap2 bangun , jelum dia ngan air

No comments:

Post a Comment