Monday, August 30, 2010

Uli-uli Aidil Fitri Bermula!

Ini n3 yang terlewat. Tapi sebab busy dan balik kampung tak sempat nak upload. Cuti Nuzul Quran , Jumaat lepas Mummy mulakan xtvt uli2 Aidil Fitri. Sempatlah buat biskut almond london bangi, snow almond dan cornflakes chocolate. Bila dah siapkan barulah terperasan Mummy buat semua biskut berwarna choc... hahaha... tak de warna warni langsung.... tak apa cuit hari kebangsaan nanti Mummy buat kuih yang berwarna warni pulak.

Biskut almond bangi... Mummy baru buat 1 adunan je, dapat dalam 130 biji... nak kena buat 3-4 adunan lagi ni. Bercintanya buat biskut ni nak mengentel tepong la.. bakar sekejap je dan salut choc pun sekejap je. Resepi ada di sini.

Biskut snow almond... sangat sedap...rangup di dalam berchoccolate diluar... biskut ni lecehnye masa nak salut choc dan tabur bread crumb atau kelapa kering. Rupa dah macam kuih kasui je... tapi memang sedap... Yang ini 1 adunan dapat dalam 80 biji, mungkin sebab penerap kuih Mummy ni besar sikit kut... Resepi ada di sini.

Cornflakes chocolat e... sangat mudah untuk dibuat. Tak perlu oven dan yang sewaktu dengannya. Kali ni Mummy tambah badam cincang yang dah dibakar. Memang sedap....1 kotak cornflakes (Nestle) dapat dalam 180-200 pcs. Kalau nak cuba boleh tengok resepi kat sini.

So far ini yang dah siap, to be continued masa cuti hari kebangsaan nanti.

No comments:

Post a Comment