Sunday, August 29, 2010

19 Ramadhan 1431

19 Ramadhan (Ahad) - Lepas sahur hujan, so lepas subuh masing2 tarik selimut. Kat kampung Daddy ni kalau hujan suasana lagilah sejuk ya amat. Jeles gak tengok dia orang boleh sambung tidur, Mummy ni terkebil2 la sorang2. Sempatlah mengaji sementara nak tunggu siang.

Pukul 9am Mummy dah mandi dah siap2 nak balik ke KL. Plan nak gi beli barang2 dapor dan kalau rajin nak sambung buat biskut raya.

Pose dulu la b4 balik KL

Dania... melepek je semasa nak balik ke Bangi...

Sampai rumah pukul 12.15. Cuaca tersangatlah panasnya kat luar. Badan Danish dan Dania pun manas amat. Mummy terus bagi ubat dan tukar cool fever. Dah cuaca panas sangat, mood nak buat biskut raya pun down gak la... last baring2 je sampai asar.

Nak masak apa hari ni pun tak tau, so masak2 apa yang ada dalam peti sejuk je la. So lastnye Mummy masak asam pedas ikan paran + tenggiri dan lemak kuning udang + kacang buncis + tauhu. Daddy & Danny gi ke PaRam tambah2 menu..

Masak lemak kuning udang, kacang boncis ngan tauhu...

Asam pedas ikan parang & tenggiri

Lemak kuning ikan keli + pucuk ubi... ini daddy beli kat PaRam

Sambal petai tempoyak... pun Daddy beli gak


 
Kuih2 biasa yang dibeli... Mummy rasa puasa tahun ni Mummy lebih berjimat dari Daddy...kuih kalau Mummy beli pun sikit je...

Favourite Daddy... cakoi

Tengok rambutan ni sedap je makan, tapi takut batuk punye pasak, Mummy pandang je la

No comments:

Post a Comment