Showing posts with label duit raya. Show all posts
Showing posts with label duit raya. Show all posts

Thursday, August 26, 2010

Kakitangan kerajaan dapat duit raya

Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar bantuan khas kewangan sebanyak RM500.



Dalam satu kenyataan hari ini, perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. Ia akan dibuat sebelum 1 Syawal.
 


Untuk kakitangan awam semua bersyukurlah dapat kerja ngan gomen, kat luar sana beribu2 orang yang mempunyai kelayakan tapi tak dapat nak kerja ngan gomen. Jangan kata kerja gomen gaji kecik dan kerja banyak, kat luar sana lagi ramai orang yang gaji lebih kecil tapi kerja lagi banyak. Beruntung kakitangan kerajaan kerana ada Cuepacs yang sentiasa meminta kenaikan gaji, bonus, elaun itu ini untuk ahli2nya.

Macamana dengan nasib orang2 yang bekerja kat sektor-sektor lain ya, siapa yang nak bela nasib dia orang. Kalau kerja kat syarikat2 besar mungkin ada persatuan pekerja tapi kalau syarikat2 kecil memang nasib tak terbela la. Nak cakap lebih2 nanti kena berhenti pulak. Yang gaji ribu raban tak apa la mungkin tak memerlukan duit x-tra untuk raya ni, tapi untuk yg gaji setakat cukup makan tiap2 bulan mereka sangat2 memerlukan duit x-tra untuk raya. Dan para majikan pun kalau ada keuntungan lebih apa salahnya kongsi sedikit dengan para pekerja, tapi kalau syarikat pun nazak macamana nak bagi lebih pada pekerja, ya tak.

Mummy yang kerja kat company kecik ni memang tengah memulun jadi 'along' kutip hutang customer dan business partner. Harap2 dia orang bayar la dalam seminggu dua ni, boleh lah anak2 buah kat opis dapat duit raya sikit. So uols semua berdoalah lebih2 sikit supaya tugas Mummy sebagai 'along' ni dipermudahkan...

Friday, August 20, 2010

Ye ye dapat duit raya....


Dah tentukan ke warna apa duit raya tahun ni?

Selain dari baju raya dan kuih raya, duit raya juga sinonim dengan hari raya. Dan macam tahun2 lepas Mummy bukan setakat kena bagi duit raya tapi dapat juga duit raya. Best kan dah tua2 cam ni dapat lagi duit raya...heehehe....

Duit raya ni adalah daripada hasil peninggalan kebun kelapa sawit emak dan abah. Tiap2 bulan hasil yang dapat dimasukkan ke dalam akaun dana. Mummy selaku 'bendahari agong' tukang jaga akaun dan keluarkan duit. Urusan masukkan duit hasil kebun ke dalam bank itu tugas Mama Janet. Kami gunakan duit tu untuk upah orang kerjakan kebun dan juga maintenance kebun2 dan rumah. Setiap kali balik kampung, duit nilah kami gunakan untuk perbelanjaan makan minum.

Setahun sekali kami 9 beradik akan dapat duit raya... kira cam duit raya dari emak dan abah la ni. Jumlah duit raya bergantung pada hasil tahunan, kalua banyak hasil, banyaklah dapat duit raya. Kalau turn raya kat PS dulu, selalunya duit raya tu Mummy serahkan lepas solat raya. Tahun ni turn raya rumah inlaw dan mungkin ada yang tak balik ke PS, jadi duit raya akan diber lebih awal. So uols bolehlah guna duit ni untuk perbelanjaan raya...Since esok Mummy buat jamuan buka posa untuk adik beradik so Mummy dah siap2 keluarkan duit dana untuk bagi pada dia orang. So korang kalau nak duit raya jangan lupa datang rumah Mummy esok... sapa datang lambat dapat sikit je duit raya tu... sapa tak datang...kira burn je la ye...hahahahah

Duit raya untuk 9 beradik dah tersedia...

Untuk diri sendiri...hahaha