Saturday, April 2, 2011

Jom g pasar...

Hari minggu datang lagi, as usual xtvt hari ni seawal 7am Mummy dah sampai ke Pasar Kajang, cari stock lauk pauk la..camana harga barang2 hari ni? Cam biasalah ada yang naik harga ada yang turun harga sikit, overall ikan2 memang harga melambung la. Apa yang Mummy beli? Oh ya bawang merah dah murah sekarang ni RM3/kg... dan bawang id pun cantik2 bulat kecik dan kering, tak de la bawang dia aiz besar bagak pas tu basah pulak...

Senangin 1kg RM20, beli seekor je cukup untuk sekali masak kari. Tenggiri kalau kita ambik isi RM28 tapi kalau beli seekor RM22, Mummy amik seekor 2.3kg... cukup untuk dua minggu ni

Ikan kembung RM16/kg. Sangat2 mahal... minggu sebelumnya cuma RM12/kg. Ikan kerisi RM12

Ikan sardin RM9/kg. Daging batang pinang RM22.

Udang ngan sotong maintain RM18/kg

Ayam minggu ni dah turun ke RM7.20/kg...sebelum tu RM8.40. Ketam cam biasa RM20/kg

Pisang tanduk RM6/kg... sebiji Mummy beli tu RM3.70... dulu2 zaman abah tanam pisang ni sekilo ntah berapa sen je kan. Tempe 2 keping besar RM1.50. Petai 3 papan RM3

Menu tengahari tadi cuma ketam masak kari, goreng ikan sardin dan sambal goreng tauhu tempe. Tengahari Mummy makan sorang2 sebab Daddy ada gotong royong dan makan minum disediakan

 
Menu untuk minum petang pisang tanduk goreng dan carrot walnut cake... teh-o kurang manis... memang sodappppp. Pinggan kekwa hitam ni cantik tak?Heheee. Carrot cake tu Mummy tak letak topping pun... ke ni manis2 buah je sebab Mummy kurangkan gula.

3 comments:

  1. nak wat cam ne kan, mahal ke murah terpaksa gak kena beli,benda nak makan, kalau emas ke baju ke yang mahal boleh gak kita tak yah beli...

    ReplyDelete
  2. Pinggan kekwa di hidang di rumah mewah jadi elegance dan makanan yang dihidanh nampak sedap ... tapi kalau dihidang di rumah cam rumah Wak Tomblok ye cam tak kolu nak makan...

    ReplyDelete
  3. kak gee...share le resepi carrot walnut cake tu

    ReplyDelete