Friday, April 29, 2011

Apam labu gebuzzzzzzzzzzzz

Angkara tak puas hati dengan apam labu bantat yang Mummy buat kelmarin, malam tadi lepas maghrib Mummy buat lagi apam labu ni. Kali ni guna resepi dari blog Sinar Kehidupanku. Alhamdulillah kali ni menjadi dengan gebuzzzzzzzzz nya. Cuma dia tak kembang merkah tu. Dia setakat senyum2 simpul ayu...
Tengoklah apam ni, Mummy suruh dia senyum lebar tapi dia senyum sikit je... Apa2 pun sungguh gebussssssssss kan. Ni versi makan masa supper... tak ada kelapa parut pun


Ini versi makan untuk sarapan ... Daddy belikan kelapa parut lepas hantar anak2 ke sekolah. Cicah ngan kelapa lagi la sedap..

Dah masuk bekas polisterin... bagi kat jiran kanan kiri sikit...dan Mummy bawak bekal gi opis

Behind de scene


Gunakan bekas lompang yang dialas ngan papercup
 
Mangkuk kuih lompang comel2 tu tak cukup la pulak so gunakan acuan tart pun boleh...

Kukus 15 minit je... dah masak pun...

No comments:

Post a Comment