Tuesday, April 19, 2011

Semua penting..

Kelmarin bibik bagitau susu Dafiy dah habis, diapers tinggal sikit, beras tinggal setengah tong dll semua dah ... dalam hati ligat fikir ni kenapa cepat sangat barang2 habis bulan ni... baru je tengah bulan 17hb... fikir punye fikir punye fikir (berapa banyak kali fikir daaaaa) rupa2nya bulan lepas Mummy gi shopping 12 March...emmm patutlah barang2 dah banyak yang habis dah sebulan lebih...hehehe.


So lepas Magrib Mumm pegi la tambah pelaburan kat K4. Plan asal nak ke Tesco je tapi dah on d way Daddy decide nak ke K4 Alamanda je.... lama betul Mummy tak gi Alamanda ni...


Assistant tetap tukang ambik barang dan tolak troley


Dah la Mummy, Along dah tak larat tolak troley ni. Korang agak2 kan apa dialog mamat baju merah tu. "Yang, nak beli tisu brand apa ni? Abang tak tau la, banyak sangat jenis ni... abang dah pening ni nak pilih"


Okey cukup...time untuk bayar. Agak2 telor ni telor palsu ke telor ori ye...


Sejuk2 punlayan ice cream gak

Balik dari Tesco singgah makan kat Restoran Kok  Samoi. Anak2 order air je sebab balik dari sekolah tadi masing2 dah pau Mummy burger sorang seketul.


Mata masing2 dah kecik...ngantukkk


Lil princess in d house


Watermellon juice utk Daniel & Laici untuk Danish


Laici untuk Dania & apple asam boi utk Mummy 

Order menu biasa2 je... tomyam campur, kerabu mangga, nasi putih, kangkung goreng belacan, nasi goreng kampung dan telor mata. Tengah bulan mana boleh order menu mewah2... hahahah


Kerabu mangga ni sangat2 sedap!!!

Sampai rumah kerja mengangkut barang2 la pulak. Daddy terus pergi rumah jiran Mummy, adik dia meninggal dan jenazah akan dibawa balik ke Kelantan malam tu gak.

Hasil sejam melabur di K4

Camana nak kurangkan perbelanjaan ye. Sebab yang Mummy beli tu semua memang barangan keperluan asas. Tengah fikir apa barang yang boleh dikeluarkan dari senarai untuk dibeli. Kalau beli sikit2 nanti minggu depan nak kena pegi lagi so baik Mummy beli banyak terus :
- Diapers Dafi - 2 pkt x 43.49
- Susu Dafiy - 8 pkt x 19.49
- Beras - 2 pkt x 44.90
- Telor - 3 tray x 9.8
- Minyak masak - 2 x 13.35
- milo - 1 x 14.99
- santan - 3 x 11.50
- sosej - 2 x
- chic ball - 2 x
- nugget
- yakult
-
- dlllllllllllllllllllll panjang sangat la list tak larat nak tulis... tengok tu semua tu sebagaian barang2 keperluan asas kan...

Bila Mummy belek2 resit ni Mummy rasa barang2 toiletries pun costly gak kan... sabun basuh, softner, peluntur, sabun cuci lantai, pencuci toilet, pembiru toilet, freshner, dishwash, shampoo, body wash, hand wash , tissues, ubat gigi, berus gigi.....

Benda yang tak masuk senarai tapi beli gak - khemah. Nak camping punye pasal, Mummy dah beli khemah yang muat untuk 6 orang. Daddy siap nak beli sleeping bag lagi. Itu tunggu bulan depan la... Anak2 dah tak sabar2 nak pasang khemah ni... tunggu ye anak2 lagi 2 minggu kita gi camping dengan sepupu2 korang...

4 comments:

  1. barang2 toiletries memang ler mahal..setiap bulan itulah antara penyumbang tersebar...syampu, ubat gigi, conditioner, sabun mandi, showe foam, pencuci muka, sabun basuh baju, softner, pencuci lantai, febreze, clorox dlllllllll....tak larat nak tulis...yelah bulan ni rasa lama bebenonak sampai penghujung kan...

    ReplyDelete
  2. makan beras yg murah2 je cam aku.jimat sikit.tp badan tetap naik

    ReplyDelete
  3. MMiraki - betul...betul...betul....

    MJanet - Mummy biarlah makan lauk tak berapa sedap janji dapat nasi yang lembut. Kalau nasi yang keras berderai tu rasa cam tesekat je kat tekak...

    ReplyDelete
  4. mama janet,betul tu beli le beras yang murah sikit, tapi tak de la sampai ketahap beras ancur.standerd ko sama le ngan aku Mek...Lagi yg boleh dikurangkan, tisu2 jamban tu tak yah le,tisu lap dapur pun tak yah, guna aja tuala dapur tuk lap pas tu basuh leh guna semula... banyak lagi yg boleh dijimatkan....hehehe...

    ReplyDelete