Wednesday, April 6, 2011

Emmm ... ini baru mee bandung betul!!!

Akibat tak puas hati dengan mee bandung yang Mummy order masa lunch semalam, balik kerja Mummy terus singgah kedai beli daging, mee kuning dan tauhu. Ayam dan udang dah ada kat rumah dan bibik dah rendamkan. Sampai rumah terus bersilat kat dapor, tumis bahan2 dan masukkan daging dan tinggalkan kejap pegi ambik anak2 balik sekolah, sampai rumah daging pun dah nak empok... masuk tu campak ni finally siappppppppp mee bandung resepi sendiri... Puas dapat makan mee bandung yang memang ada rupa dan rasa mee bandung bukan rasa makan mee sup ke apa... ni bukan kes puji diri sendiri tau, tapi memang sedap mee bandung ni... cukup semua bahan.

Mummy sengaja masak banyak dan sebelum masak tu Mummy dah message jiran2  ahli mesyuarat tingkap ajak datang rumah lepas maghrib. Yang tak dapat datang tu Mummy hantar le semangkuk dua kat rumah dia orang. Alhamdulillah modal dalam RM30 dapat makan lebih 20 orang....

My mee bandung yang sungguh menghairahkan....ahakkkkk.... sila la yer

Ini mee bandung dalam calypot yang dah cam rupa sharkfin sup yg Mummy order untuk lunch semalam..

 
Sambil makan sambil pot pet pot pet ngan jiran tetanga, sampai tengah malam baru stop, kalau  malam minggu rasanya sambung sembang sampai pukul 3-4 pagi kut. Anyway tq pada Afidah, Kak Pah, Kak Zee & Ina yang mencukupkan korum.... heheh.

Heheh...pagi ni pun sarapan mee bandung gak sebab ada baki kuah dan mee lagi sikit....

2 comments:

  1. Huaalahhhhhhhh....kok uenakkkkkkkkkkk eh..

    ReplyDelete
  2. Klu kt tmpt aku diorg jual mee bandung cam msk asam lak.........geram btulllllllllll......dia mee bandung Slangor kut bukan mee bandung Mou yg kaw3x tu, x tau ler dia ciplak resepi dr mana

    ReplyDelete