Tuesday, June 23, 2015

4 Ramadhan

Ahad. Terasa sangat letih hari ni. Seharian mummy buat operasi pokok-pokok bunga di taman sekangkang monyet ni...hehe. letih-letih pun masak tetap masak.



Hari ni menu ala-ala kedai Siam. Mummy buat tomyam campur, ikan sweet sour, sayur campur, sotong udang goreng tepong dan telor dadar. Tomyam tu Mummy gunakan paste segera yang Daddy beli di Thailand. Memang sedap paste segera tu. Tak perlu tambah apa-apa lagi. Didihkan air, masuk paste dan campak la apa yang kita nak dalam periuk. Siap....hahah. senang kan.

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. Mummy, memang ada paste tomyam yg betul2 kaw.
    Kat sini pun saya ada terjumpa- made in Thailand.
    Even anak yg masak pun terasa sgt sedap..
    walau sekadar campak2. Dah habis sebotol, blom sempat beli lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selama ni Mummy guna kiub tomyam Knorr je. Tak tau pulak ada pastw tomyam yang sangat2 mables dr Thailand ni. Lain kali boleh le mintak cik abang beli lagi bila dia ride ke sana. MM camana posa di sana. Masak rendang daging kangaroo ke. Hehe

      Delete