Sunday, November 2, 2014

Maidless

Hari ni bibik balik ke Indon for good. Dua tahun je dia kerja dengan Mummy.

Mula-mula dia kata nak sambung kerja lagi setahun tapi dia nak cuti dulu balik Indon. Mummy agree dan bagi dia cuti sebulan. Tiket balik cuti dia bayarlah sendiri. Since passport dia dah nak expired so sebelum renew permit kami bawal bibik ke Kedutaan Indon untuk buat passport baru. Bayar seratus lebih sebab kena ambik inaurance untuk dia juga.

Seminggu dua lepas tu bibik kata cuti sebulan sekejap sangat, dia nak cuti tiga bulan baru dia sambung kerja. Dan dia nak tiket cuti dia pergi balik Mumny yang bayar. Amboi2 ini sudah over dah la ko nak cutinlama tiket pun nak aku bayar. Mummy cakap dengan dia cuti sebulan dan tiket untuk balik Mummy akan cover half. Dia tak setuju dan dia kata nak berhenti tak ank sambung dah. Grrrrr. Nasib baik Mummy belum renew working permit dia.

So flight dia 6.40am pagi tadi. Pukul 3am bertolak kat airport. By this time mungkib dah sampai ke kampung dia kut sebab dr airport Bandong dia kena travel for 5 hours lagi before sampai ke kampung.

Mummy bab masak ke kerja rumah tak adalah susah atau masalah sangat kalau tak ada bibik ni. Isinya penjagaan anak-anak je. Mana nak letak Dhiya dan yang lainnya. 3 yang atas tu oklah boleh je tinggal kat rumah tapi Dafiy dan Dhiya nak kena cari pengasuh juga....Masih lagi mencari taska atau pengasuh yang boleh menjaga Dhiya dan Dafiy.

Jomlah jamu mata apa yang Mummy masak untuk hari ni.


Ayam Kampung Masak Ungkep JDT....


Sambal goreng tauhu, tempe dan kentang
.


Ikan kerapu goreng cicah kuah kicap.

Prepare frozen foid for d kids


Ayam masak merah


Tenggiri goreng berlada


Daging dendeng

Pagi-pagi tinggal panaskan je kat microwave untuk anak-anak makan waktu tengahari.


Hari ni sudah 20 hari Yin pergi meninggalkan kami. Kerinduan semakin dirasai oleh semua terutamanya Kak Tanty dan Harith. Bangun tidur tadi baca wassap keluarga. Laju je air mata meleleh. Cepat sangat kau pergi Yin. Al-fatehah.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment