Wednesday, October 19, 2011

Bila anak periksa!

Assalammualaikum...

Sekarang ni exam week untuk anak2. Sejak hari Isnin Daniel dan Danish final exam untuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Sejak 2-3 minggu lepas memang kena monitor dia orang buat final revision la. Walaupun dia orang baru darjah 2-3 tapi kena monitor juga pelajaran dia orang. Kalau tak leka layan FB dan angry bird je la... Mummy doakan anak2 Mummy dan semua anak2 yang tengah exam diterangkan hati dan dapat menjawab soalan dengan mudah.

Hari ni subject Pendidikan Seni dan Matematik Paper 1. Subject matematik boleh la Mummy daddy tolong ajar dia orang buat revision tapi subject Pendidikan Seni ni hehhehe... Untuk pendidikan seni ni dia orang dah dapat awal senarai lukisan apa yang boleh dibuat. Untuk Daniel dia pilih nak buat model guna plastesin. Si Danish pulak pilih nak buat cop2 guna kentang. Bila nak buat cop2 guna kentang ni sure la kerja Mummy.

Comel tak Mummy buat bentuk2 kat atas tu....

Xtxt sebelum Mummy pegi kerja pagi tadi. Tangan Mummy ni mana le ada seni langsung, so jalan paling mudah bentuk2 ni Mummy guna acuan biskut je. Tekan kat permukaan kentang tu dan potong ikut tepi acuan.... siap!

5 comments:

  1. salam mummy good luck to anak2 mummy...kira berseni juga mummy creative apa...ada rama2 lagi tu.

    ReplyDelete
  2. LIna - Waalaikum salam & TQ. Rajin Lina dtg melawat

    ReplyDelete
  3. la guna acuan kueh. patut ler cantik sangat. aku terpikir gak camne ko nak potong yg berliku2 tu

    ReplyDelete
  4. cikgu.....potong markah Danishhhhhh.....ini satu bentuk pembaziran makanan ni...hehhe..dulu aku main cop guna pelepah pisang jer...dgn daun ubi....cantik gak...buat bentuk bunga....hehee

    ReplyDelete
  5. oooo macam nii buat ya. saya potong satu2. memang tak dapat la bentuk2 hebat dan menarik macam ni. Terima kasih untuk idea nanti nak buat:)

    ReplyDelete