Wednesday, October 12, 2011

Dah Asar la bah!



Layan FB sambil makan cempedak goreng yang sangat2 manis hasil tanaman arwah abah...

Cerita pasal cempedak ni teringat pasa arwah Abah, masa abah tanam pokok buah2an kat keliling rumah, kita orang selalu cakap...  "Tak yah tanam lah bah, dah Asar ... nanti abah tak sempat rasa pun!". Emak yang dengar pun senyum je...hihih. Abah cakap , "kalau abah tak dapat rasa ye tak apa janji anak cucunya dapat makan, kalau abah dah tak ada boleh juga balik kampung tengok pokok2 buahnya."

Dan cakap abah memang ada betulnya , Abah cuma merasa seulas dua je cempedak ni, sebab masa cempedak ni pertama kali berbuah dan masak abah dah sakit duduk kat hospital. Anak cucu abah yang puas makan. Al-fatehah untuk emak dan abah. Pagi2 nirasa syahdu la pulak.

Pokok cempedak yang tak jemu mengeluarkan hasil... gambar ni Mummy ambik masa raya

  
Isi  comel2 tapi rasa sangat2 manis


TQ la pada Kak Kay yang datang opis Mummy hantar buah cempedak untuk  ni petang semalam. Dan TQ gakkepada Kak Mah yang hantarbuah2cempedak ni dari kampung ke rumah Kak Kay. Kiranya cempedak peninggalan abah ni dapat dirasa semua kami adik beradik.Abg Mummy si Yin Wong Kulai pun balik kampung gak so dia jadi distributor untuk zon selatan, dia hantar cempedak tu ke rumah Kak Long dan Som.... so uols berangin la masing2 ye lepas ni... hehhe

2 comments:

  1. kambing gurun tu de 4 biji dah beso, agak2 sape ler yg bernasib baik dapat memilikinya

    ReplyDelete
  2. kebetulan Apis kan masih mc, so aku ajak le dia gi opis mummy gee antar cempedak, bagi semua rasa, alhamdulillah semua dah rasa walaupun sekadar 2,3 ulas...hehehe...

    ReplyDelete