Thursday, October 27, 2011

Bila si "M' datang bertandang

2-3 hari ni virus2 cinta 'M' melanda Mummy, rasa tak de mood langsung nak makan masak. Sebab utama stock lauk pauk dalam peti sejuk yang dah kontang, nak beli bahan2 basah time balik kerja rasa malas la pulak sebab sekarang ni time petang balik dari opis sure hujan lebat punye. 

Balik dari kerja tadi plan nak ke pasar malam, tpai hujan la pulak. So balik rumah dulu,  bila hujan teduh Mummy keluar semula pegi kedai beli lauk dan singgah ke pasar malam sat.

Menu Mummy malam ni ala2 siam mari la.... Daniel makan nasi ayam + ayam masak merah dan daging kurma ice blended, Danish nasi ayam ngan ayam goreng.

Ikan siakap sweet sour... ikan cinonet ni pun dah RM30...  kalau boleh beli kuah je cam YB Bukit Mutiara tu jimat sikit... kat rumah goreng je ikan pas tu curah kuah yang beli...hihihi


Kerabu manggan yang sangat2 sedap.... licin


Tomyam campur ... ada ler 2 ekor udang, 3 potong janggut udang dan ayam beberapa hiris.... sib baik sedapppp... ni pun licin


Kerang sambal.... ni untuk Daddy la


Telor dadar goreng je la sendiri... tak kan nak beli bungkus gak...hihih


2 comments:

  1. sebenarnya boleh kalau nak masak sendiri, tapi kalau makan kat kedai sedap je rasa,agaknya sebab kita duduk je, orang yang hidang tuk kita. pas makan lak tu tinggal je tak yah nak kemas ke basuh pinggan ke....

    ReplyDelete
  2. Gee..bab2 beli kuah tu jangan sebut ler. Nanti turun saham YB tu.Agaknya tuan punya kedai lama2 pun terpikir.hi..kesiannya dia orang ni makan lauk kuah je

    ReplyDelete