Saturday, May 8, 2010

5 'K' Sempena Hari Ibu

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu2 dan bakal2 ibu (kecuali ibu ayam, ibu roti, ibu duit, ibu jari, ibu rumah ...) di seluruh dunia...waaa ucapan global ni.... hihi... Semoga hari ini dan hari2 yang seterusnya menjadi hari2 yang istimewa untuk kita semua.

5 'K' di Hari Ibu

1. KALAU tiada sesiapa nak meraikan anda tak salah untuk anda meraikannya sendiri...


2. KALAU tiada sesiapa nak belanja anda makan di hotel 6 bintang atau di mamak bistro atau di kedai tomyam, apa kata anda masak sesuatu yang special untuk keluarga hari ini...dan sambil2 tu cakap kat diri sendiri, alah bukan sedap sangat pun makan kat luar, aku masak lagi sedap!
3. KALAU tiada sesiapa bagi ucapan Selamat Hari Ibu pada anda tiada salahnya anda ucapkannya pada diri sendiri dan jangan lupa on radio mesti ramai yang mengucapkannya... on air lagi...


4 . KALAU tiada sesiapa menghadiahkan sesuatu kepada anda apa salahnya anda beli sesuatu yang anda idamkan untuk diri sendiri...
5. KALAU tiada sesiapa memberikan anda kad, tiada salahnya anda beli manilakad dan buat kad ucapan untuk anda sendiri...buatlah sebesar mana anda suka dan gantung di muka pintu!



Walaupun tiada sesiapa melakukan 5 perkara di atas untuk anda tapi percayalah mereka tetap menyayangi anda... dah jangan sedih2 dan susah hati....

1 comment:

  1. huhuhu.... mau nya tak sedih, mother's day ke apa day ke tak sapa nak raikan kita. ngeteh bistro mamak aja le......

    ReplyDelete