Saturday, May 22, 2010

Tayar itu bulat...

Lama gak ek Mummy tak buat n3 tentang masak2 kat blog ni. Balik kerja petang semalam Mummy tengok ada keledek yang dah hampir tumbuh (nasib baik tak menjalar lagi kat dinding2 rumah). So malam tadi Mummy buat projek uli2 kuih tradisional. Hari tu ada tengok Mr Mama @ MSOM dan MMirror buat kuih ni, so Mummy pun nak tunjuk skill buat kuih tradisi gak la... kuih keria @ kuih tayar @ kuih donut Melayu


Keria yang dah siap dibulat2kan... Mummy guna keledek kuning + oren tu yang nampak rupa keria ang belum digoreng pun cam dah digoreng

Ha ni la rupa kuih keria Mummy yang dah digoreng...

Mummy malas tak rajin nak menyira kuih keria ni, so lepas goreng tu Mummy tabur je ngan icing sugar...pas tu ketuk2 sikit nak bagi gula tu tanggal, tak de la manis sangat... kurangkan manis ye puan2 lagipun keledek tu kan dah rasa manis

Rupa bentuk kuih keria yang dah sedia untuk dingap... breakfast untuk pagi ni selain nasi goreng (nasi goreng lagi!!!)...

Sedapnye Mummy.... dia orang tak panggil keria tapi panggil donut...apa2lah janji kuih Mummy habis...

3 comments:

  1. anak2 sekarang ni kenal kuih keria dah...dia tau donut....Dunkin Donut...Jco Donut....tapi yg pasti keria ladi sedap dari donut...

    ReplyDelete
  2. Sedap tu...keledek kuning pulak tu. Meh sini satu gorengan

    ReplyDelete
  3. la kalau namanya keria kena sira la, kalau tabur gula tu dah jadi donat.

    ReplyDelete