Thursday, May 20, 2010

Irama dan lagu...




Hujan lebat dan guruh berdentam-dentum kat opis sejak pukul 4pm. Pagi tadi dah pesan kat bibik tak payah masak banyak sebab nak p pasar malam. Tapi sampai kat rumah masih gerimis lagi so plan nak g pasar malam terpaksa dibatalkan.

Dah tak jadi g pasar malam so plan nak p dinner kat luar je. Tapi sorang 'askar' dah tumbang pulak. Si Danish cam biasalah time orang baca yassin lepas maghrib autmatik menguap2 dan terus terlelap, so cancel pulak nak dinner kat luar.

Daddy kata masak sempoi2 je. So Mummy pun masak betul2 sempoi la...

Tempe goreng dan sambal kicap umpama irama dan lagu, laila dan majnun, mummy & daddy... boleh gitu...heheh... sedap beb makan panas2...si danny makan habis 3 ketul... sapa nak kulit muka kekal tegang dan gebu cam sorang bekas MB tu, makanlah tempe goreng banyak2... hehehe 

Yang ni tak tau apa nak panggil, lauk tradisi masa Mummy kecik2. Kalau dah tak ada lauk lain emak selalu buat bendalah ni. Ikan bilis campur ngan bawang dan letak tepong gandum sikit. Penyek2kan (bukan ayam penyet je kena penyeu) dan goreng...sedap makan panas2 gak... kalau dah sejuk dia liat sikit... since tak ingat apa nama dia kita panggil 'bilis goreng tepong' la..

Dory fish... tapi gambar kat atas tu bukan yang Mummy masak tadi ye. Lupa nak snap2.. sedar2 pinggan dah kosong...

3 comments:

  1. hehehe... patut le muka kita2 semua ni gebuz kan...sbb selalu mkn tempe....

    ReplyDelete
  2. yeeee betul...muka kita semua sangat2 Gebuzzzzz...cam mat gebu...hehehhe

    ReplyDelete
  3. hey.... ikan bilis grg dgn tpong itu lauk kgmaran aku anak branak,aku klu wat racikkan bwang putih,bwang merah n daun sup lagi sdap drpd mkn ikan kucing .....

    ReplyDelete