Tuesday, May 25, 2010

Project malam ni ....







Ha ni bukan pasal project nak menambah penduduk dunia ni ye ... tapi ni project uli2 Mummy nak buat malam ni. Kenapa malam ni? Sebab esok another special day in my life. Apa Mummy nak buat? Heheh... alah nak buat kek jer la.... kejoh je lebih Mummy ni. Tapi kali ni tak nak buat choc cake tak nak buat strawberry cake tak nak buat vanilla cake tak nak buat kek labu. Mummy nak buat carrot walnut cake @ kek lobak merah walnut (walnut ckp Melayu apa hah!).
  
Apakah secantik ini hasilnye???? Tunggu esok punya n3


Carrot Cake (Resepi Leen Omar) ... izin copy paste ye leen





Bahan2:
Tepung Berserbuk Penaik 2 ½ cwn
Baking Powder 1 sudu teh
Bicarbonate Soda 1 sudu teh
Cinnamon Powder 1 sudu teh (optional)- sy x letak
Garam ¼ sudu teh
Brown Sugar ¾ cwn
Castor Sugar 1 cwn
Telur 4 bj
Minyak Jagung 1 cwn
Mentega Cair 1 cwn
Lobak Parut 3 cwn [lebih kurang 2 bj
yg sederhana besar]
Walnut cincang ¾ cwn - sy x letak

Topping:
Cream Cheese ¾ ketul
Mentega/Krimwell 100g butter/krimwell
Icing Sugar 1/3 cwn
Lemon Juice (optional) 1 sudu teh
(kalau suka lebih rasa cheese kurangkan sedikit kuantiti butter/krimwell)

Cara-cara:
1. Panaskan oven 180c
2. Ayak tepung bersama baking powder & bicarbonate soda dlm mangkuk
3. Campurkan lobak parut, minyak jagung, mentega cair, cinnamon powder, brown sugar, castor sugar dan telur.
4. Kisar adunan sehingga lembut / gebu. Masukkan tepung, kacau sebati then masukkan walnut cincang & kacau rata.
5. Bakar dlm oven 45 minit hingga 1 jam. Test ngan lidi. Kalau tak melekat dah masaklah tuuu> ...> ..
6. Biarkan sejuk then buat topping.

Untuk yang tak ada oven atau yang baru beli pengukus nah Mummy bagi respi carrot walnut cake versi kukus pulak. Jom ramai2 kita buat kek carrot walnut malam ini... pas tu tunjuk hasil masing2 ye...

Carrot walnut cake versi kukus

CARROT WALNUT CAKE – KUKUS


Bahan A
115 gm gula perang
115 gm gula halus
1/2 sudu teh garam
3 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla

Bahan B
160 gm tpg gandum
40 gm tpg roti
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk kayu manis (optional)

Bahan C
35 gm badan cincang
122 gm lobak merah parut
122gm lobak merah cincang
35 gm susu cair
162 gm minyak jagung

Cara2:
1) satukan bahan A - pulul hingga kembang
2) Ayak bahan B - masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan A
3) Masukkan bahan C
4) Masukkan ke dalam loyang yg telah di sapu minyak jagung
5) Kukus selama 1 jam

3 comments:

  1. ha dh wat nnt jngn lupa bwak g umah mek leh test ramai2 huhuhu.........

    ReplyDelete
  2. alah lepas wat kek projek tambah penduduk ok gak ler...

    ReplyDelete
  3. Sesekali juallah kek cokelat di kedai Abas, dapat gak den merasonye

    ReplyDelete