Monday, May 10, 2010

Kek Labu Kukus... gebuzzzzzzz

Untuk 'akak anonymous' dan sesiapa yang bertanyakan resepi Kek Labu Kukus. Sebenarnya resepi asal untuk bakar tapi Mummy dah derhaka telah mengubahsuai sikit2 resepi ni dan telah mengukusnye...jadipun dah yang penting tetap gebuzzz dan sedap...jangan marah ye Cik Mat Gebu... So kepada yang tak ada oven canggih manggih tu jangan buat alasan tak boleh buat kek pulak. Klau dah desprado kan guna kuali letak air pas tu letak loyang atas kuali dan tutup guna tutup periuk besar pun boleh gak....


BAHAN-BAHANNYA :-)

  •  3 biji telur gred A
  •  1 cawan minyak jagung (kalau tak ada minyak cap pisau, Tes*o, Car*four dll pun boleh...hehehe)
  •  1 1/2 cawan gula halus
  •  1 camca teh esen vanilla
  •  1/4 camca teh garam
  •  450 g labu, kupas kulit, kukus hingga lembut dan lecek halus (jgan rebus nanti berair sangat)
  •  2 1/2 cawan tepung gandum (mummy guna self raising floor)
  •  1 camca teh soda bicarbinate (klu dah guna self raising floor tak payah bubuh la)
  •  1/2 camca teh baking powder (klu dah guna self raising floor tak payah bubuh la)
  •  1 1/2 camca besar susu tepung*(lupa nak letak....heheeh)

  CARA MEMBUATNYA :-)
  1.  Lenser bund-pan (klu tak de guna jer aa2 loyang, mangkuk corelle pun boleh guna gak) dengan mentega, tabur tepung sedikit tepung gandum dan ketuk keluar lebihan tepung. Panaskan oven pada suhu 160C (jika anda menggunakan tin bewarna hitam macam dalam gambar tu, kalau tin biasa panaskan pada suhu 175C). Since Mummy kukus kek ni so xtvt di atas tu tak berlaku yer... panaskan jer pengukus.
  2. Dalam satu bekas, satukan telur, gula, garam, minyak, labu manis lecek dan esen vanilla, kacau hingga semua rata dan sebati menggunakan whisk. (tak perlu guna mixer or blender)
  3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam no 2. Kacau hingga semua sebati dan adunan tidah berbintil2. Tuang dalam tin yang telah disediakan tadi. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam. Bergantung pada oven masing2. Kukus pun dalam 50 minit gak.
  4. Bila kek masak (uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak) keluarkan dari oven dan biar kan sejuk 10 minit. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
  5. Boleh dihidangkan atau nak lagi sedap, simpan semalaman, kek akan menjadi lebih lembap dan lembut...Selamat mencuba untuk semua...
Kek yang dah dingap daddy sebelum Mummy snap2...waaaa ternoda dah kek ku yang gebuzzz ini

Versi kek labu kukus Mummy Gee...close-up sikit
 
Versi kek labu bakar Cik Mat Gebu

7 comments:

  1. Bukalah satu cawangan kedai kek di PS untuk bersaing dengan kedai-kedai kek yang ada di sini, supaya harga tu turun sikit, bolehlah sya beli hari-hari.

    ReplyDelete
  2. Kalau emak abah saya ada lagi mesti dia bagi sokongan 300% atas cadangan MSom ni.

    ReplyDelete
  3. mummy try pulak buat pumpkin cookies

    ReplyDelete
  4. kek nih kukus ke bakar..nama kek labu kukus..tapi siap bakar2 plak...

    ReplyDelete
  5. Laila - kukus boleh nak bakar pun boleh....

    ReplyDelete
  6. Dh buat guna resepi ni..mmg mabeles..ank2 suka..tq 4 sharing:)

    ReplyDelete