Wednesday, May 19, 2010

My blood goes upstairs!

Aduh pagi2 my blood dah goes upstairs... manalah tak marah dalam sibuk2 nak mandi dan solat subuh si Danish dah menanggis dan merenggek2 kat Mummy... lepas tu dia bagi kat Mummy kertas sekeping. Kat situ tulis senarai barang kena bawak gi ke sekolah hari ni.... hari rabu ada kelas lukisan so selalu memang ada barang2 extra nak kena bawak, yang dia menanggis tu sebab dia cari water color dan bekas color tak jumpa... dah la dia ni memang kememe dan cengeng sikit cari apa tak jumpa memang terus menjerit.. dan air mata tu mengalahkan orang kena dera...

Dah jenuh dah pesan simpan kat laci masing2 tapi buat tak dengar jer, nanti bil anak guna semula Mummy la yang jadi mangsa... Mummy pun tak tau mana dia letak water color tu, ntah tertinggal kat sekolah ke ntah tersorok mana....

So sebelum gi opis kena la Mummy gi kedai dulu cari water color ... baru 5 bulan sekolah Mummy tak tau lah dah berapa kali kena beli pencil color, water color, cryon, pencil box, pencil (ni tak boleh nak kira rasanya), eraser, sharpener...dlll... ada yang hilang lain, ada yang tertinggal kat sekolah ada yang kawan ambik dan ada yang bagi kat kawan (mulianya la hati anak2 Mummy ni...grrrrrrrrrrrrr)... Tak nak belikan nanti, kesian lak nanti kena denda diri atas kerusi atau kat luar kelas sampai habis waktu...

Uols hadapi tak masalah ni... camana ek nak atasi... masa Mummy sekolah dulu rasa sebatang pencil tu guna berbulan2 sampai panjang 2-3 inci jer... masih tetap gunakan...

1 comment:

  1. sesekali kena buat "kejam" sikit kat anak. kalau sampai hati jangan belikan dan dia akan rasa dia didenda. So lepas tu mesti dia pandai jaga barang2 dia. Dulu mama selalu buatkan jadual buku2 anak2..lepas doran x independant..so lepas tu tak buatkan..so kalau buku tertinggal dia akan kena marah ngan cikgu. So next time dia kena hati2 dan berdikari sendiri. Tapi kita kena pantaulah...Selamat Mencuba yea

    ReplyDelete