Friday, May 7, 2010

Sayang tak terucap....

Tiada gelang emas sebagai hadiah, tiada makan mewah di hotel 6 bintang, tiada kek untuk dipotong, tiada kata untuk diucapkan hanya sepotong doa untuk Emak sempena Hari Ibu yang akan disambut esok. Semoga emak dan abah sentiasa tenang di sana dan dimasukkan di kalangan orang-orang yang beriman. Insyallah. Yang pasti semakin lama kami rasa semakin rindu kat emak dan abah.

Signboard Ke 'Rumah' Emak dan Abah

'Rumah' Emak dan Abah . Doa emak agar 'rumahnye' berdekatan dengan 'rumah' Abah tercapai.

Sana sini kawan2 sibuk nak celebrate Hari Ibu. Email yang diterima dalam minggu ini pun kebanyakkanya berkisar tentang Hari Ibu. Kat radio pun ada segment khas sempena Hari Ibu... pada sesiapa yang masih ada ibu raikan lah mereka. Hari2 memang hari ibu tapi tak salah untuk kita meraikannya istimewa sikit daripada biasa.


p/s Kakak2, Abang & Adik.... jom kita ramai2 baca Yassin untuk Emak dan Abah lepas Maghrib ni. Kita buat secara serentak di rumah masing2...







Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian
Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati
Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi
( 1 )
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu
( 2 )
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu
( 3 )
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu
Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu
Ibu......
( ulang 1, 2, 3 )

Ibu...

2 comments:

  1. Insyaallah mlm ni lepas solat isyak aku baca yasin, lambat sikit , lepas maghrib tak sempat budak2 datang mengaji,bila tengok kubur mak n abah terasa rindu sangat2....

    ReplyDelete
  2. X pe aku baca lambat sikit skurang2nya lpas magrib,lpas isyak n aku lpas sepertiga mlm ada aja kiriman smbil smbhyang tahjud,mudah2an doa anak2 utk mak n abah d berkatiNya

    ReplyDelete