Monday, May 3, 2010

Bulan jatuh ke riba!


Mummy tengah drive sorang2 ke KL. Masa tu dah dekat sampai ke tol Sg Besi. Tetiba Mummy pandang ke langit, Ya Allah macamana bulan ada tiga ni. Mummy gosok2 mata nak pastikan apa yang Mummy pandan tu betul. Memang sah ada 3 bulan penuh sedang mengambang. Ni kalau tangkap gambar dan hantar ke stesyen tv boleh buat duit Mummy ni. Tetiba dua bulan tu jatuh ke riba Mummy, tapi yang hairan bumbung kereta ok jer tak de lubang2 pun... dalam keadaan panik Mummy bawak kereta ke tepi dan parking kat situ. Lepas tu ada satu suara sayup2 memanggil2 Mummy...alamak Mummy mimpi bulan jatuh ke riba rupanya... dan suara yang panggil2 Mummy tu si Dafiy la nak 'nenen'.... ntah apa2 lah Mummy mimpi ni....


2 comments:

  1. Mummy!!! Nak dpt rezeki la tu!!! Syy...dah jgn ckp2 org...nanti ada yg dengki plak.

    ReplyDelete
  2. Mimpi d siang hari ke mlm hari?????????

    ReplyDelete