Monday, May 3, 2010

Birthday Party 2010 - Part IV

Dah nama pun birthday so main objektif nak bagi anak2 gembira dan main dengan sepupu2 dan kawan2. Dan potong kek pun kena adalah... Mummy dah beli pulut plan nak buat pulut kuning ngan rendang sikit tapi lastnya pulut tu Mummy buat bubur merah putih jer... hihih

Jom tengok anak2 Mummy potong kek dengan kawan2 dia orang.

Vabilla butter cake untuk Dania

Choc cake untuk Daniel, Danish & Dafiy

 
Apa tak puas hati lagi Dania???

 
Si Danish ni menjeling kek Dania kenapa pulak?Teringin cake pink ke?

 
Susah betul nak ambik gambar 4Ds ni serentak. Ada je yang spoilt kan gambar tu...sampai letih Mummy ambik gambar ni tau...hhaha

Ni la gambar terelok yang Mummy ambik, yang lain tu ada yang pejam, tunduk, garu2 badan, melompat, nampak muka separuh... sakit jiwa gak kalau jadi photografher ni

 
Ok nyanyi kuat2...happy birtyday to you.... Allah selamatkan kamu....

 
Ok mak a wish and blow the candles.. Dafiy tengok apa tu nak?

 
Ok siapa nak kek beratur.. jangan tolak2 jangan gaduh2 banyak cak ni.. tak cukup kat peti sejuk ada dua biji lagi...

 
Dania dan kawan2 tadika dia

 
Dengan kawan2...

Cuaca yang panas terik dari pagi tetiba bertukar mendung dan dalam kul 5.30 pm hujan pun turun. Tapi sempatlah tolah meja buffet ke dalam sikit so tak la terkena tempias hujan.

 
Apa yang penting? Kerjasama....hahha...Kak Noor bekerjasama dengan Erra membungkus berkat...

Lain2 AJK pembungkusan... biasalah kalau dah keturunan Jawa berkat mana boleh tinggalkan...tak banyak sikit mesti nak bawakkan saudara mara berkat...

Kul 6.30 semua adik beradik beransur balik, Kak Long dan anak2nye gi ke rumah Kak Noor. Sebelum tu plan nak gi rumah Mama Miraki last minute tukar plan la pulak...tu la Kak Long lain kali kalau datang KL tu paling2 pun kena 5 hari kan adik2 dan anak ada ke KL...

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang sudi hadir ke majlis kami ni. Kalau ada apa2 yang terkurang tu maaf je la ye. Kalau ada yang kena bancuh sendiri teh tarik dan kopi tu sorry la yer. Tuan rumah 'tak cukup kakitangan'. Kepada 'pramusaji segera' Ayu, Ija, Erra, Arif & Kamaliza terima kasih bebanyak ye.

2 comments:

  1. salam....

    hepi bessy to Dania...moga dopanjangkan umur dimurahi rezeki oleh Allah swt amin..

    ReplyDelete
  2. terima kasih sekamar rindu on behalf of Dania...

    ReplyDelete