Monday, May 3, 2010

Birthday Party 2010 - Part I

n3 yang terlewat...tapi orang2 tua kat kampung Mummy selalu kata better late than never... hahah

zzzz...kroh...kroh (tu bukan bunyi Mummy berdengkur ye)....zzzzz.... Hari ni hari balas hutang tido. Dalam 4-5 hari ni memang Mummy kurang tido. Mostly tidor dalam 3-4 jam je... ni semua gara2 buat preparation untuk jamuan bday anak2. Walaupun cuma majlis harijadi tapi banyak gak benda nak kena buat ek. So pagi tadi lepas Subuh Mummy sambung tido lagi, plan nak bangun dalam pukul 10am tapi kan kul 7.30 am dah tak boleh nak tido sebab fikir kat dapor tu cam tongkang karam lagi, pinggan mangkuk tak kemas lagi. Memang bibik ada tapi kesian la pulak dia mengemas sorang2 dia pun penat gak tu malam semalam kul 3am baru kita orang tidor.


Alhamdulillah majlis berjalan lancar walau dalam pukul 5 hujan turun mencurah. Terima kasihlah pada semua tamu yang sudi datang terutamanya suku sakat Mummy & daddy, kawan2, jiran tetangga lama dari Nilai dan jiran2 Bangi D7.


Kalau buat jamuan ni part yang paling malas adalah nak susun balik periuk belanga dan pinggan mangkuk ke tempat asalnye. Hari ni Mummy masak nasi jer, lauk semua recycle lauk semalam yang ada lebih lagi.


Sibuk mengemas dan zzzz sampai Mummy tak sempat nak update blog, sibuk la kakak2ku nak tengok gambar walau pun kat blog Mama Miraki dah ada n3 tentang jamuan Mummy ni. Antara penyebab lain lambat upload gambar ni sebab camera buat hal. Mula Mummy guna notebook anak2 jenuh le connect dan disconnect tapi still tak boleh nak transfer gambar ke hardisk. Last guna notebook kerja Mummy baru la boleh transfer. Pas tu baru perasan date kat camera tu tak betul...lambat sehari...hahah


Jom layan gambar2 masa jamuan semalam... penatlah nak buat ulasan selari hihih... pada kakak2 dan abang Mummy yang tak dapat datang tu tengok la gambar2 ni ya...


Jamuan Mummy ni sebenarnya 2 in 1. Mummy buat sambutan hari lahir 4Ds dan juga ulangtahun perkahwinan kami yang ke-12. Sebenarnya birthday anak2 Mummy ni dekat2 so nak senang kerja Mummy combine la sekali. Mummy punye wedding anniversary is on 11 May, tak apa la sambut awal sikit.


Pre-party...persediaan

Sebahagian jajan yang nak dipack...

Tiga orang 'tenaga buruh' yang lebih upah daripada kerja yang dibuat

Finally siap 120 party pack ... Mummy ngan Bibik la yang siapkan... siapa lagikan... hihihi

 
 
Sebahagian dari chocolate box yang Mummy buat

 
Choc box ni doorgift untuk tamu dewasa. Plan asal nak buat set choc box ni 100 pack, lastnya dapat siapkan 40 pack je. Buat last minute... hihi...dah le mould untuk choc box ni ada 5 je, so bayangkan berapa lama nak siapkan... satu malam sempat buat 10 set je....

 
 
Sebab dah tak sempat nak buat 100 set choc box Mummy buat plan B. Lagi 60 set Mummy gantikan dengan oreo choc, Mr Bear dan choc  muffin. Cepat sikit buat yang ni sebab mould Mummy banyak.... sorry la ya pada tetamu dapat kalau dapat doorgift lain2...


 
 
Bab deco2 dan susun meja kat khemah tu kerja Daddy la... Mummy kan sibuk klun klang klung klang bersilat, berkungfu, bergusti kat dapor ngan Bibik... hihihi

No comments:

Post a Comment