Wednesday, May 5, 2010

Lelaki pendek akal!



Hah kaum lelaki jangan nak mengamuk pulak bila tengok tajuk kat atas tu... Mummy cuma nak mengulas sikit kejadian suami @ lelaki bunuh/cederakan isteri @ wanita. Hah tu dia banyak betul simbol @ yang Mummy  guna... Lately ni macam berulang2 pulak kejadian seperti ini, lepas satu kejadian ada pulak kejadian lain... Mummy cuma nak listkan 3 kejadian terkini je... semoga semuanya menjadi pengajaran dan sempadan untuk kita.

Kejadian Pertama

SEREMBAN: Seorang lelaki cuba membuang mayat teman wanitanya selepas dibunuhnya di kawasan Nilai Spring di sini malam tadi. Namun cubaannya itu dikesan oleh dua anggota polis dalam sebuah kereta peronda kira-kira 10 malam.

"Lelaki tersebut yang memandu kereta Kancil didapati membaringkan mayat wanita itu di tEmpat duduk penumpang di sebelahnya. Ketika dia berpusing-pusing dipercayai sedang mencari tempat untuk membuang mayat itu, sebuah kereta peronda polis yang mengesyaki sesuatu telah mengekorinya," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, ACP Mohd Zaki Masroh.

"Menyedari dia sedang diekori, lelaki berusia 30-an itu terus memecut keretanya dengan dikejar oleh anggota polis selama beberapa minit sebelum keretanya terbabas. Ketika dapat ditahan, polis mendapati seorang wanita yang lengkap berpakaian sedang berbaring di tempat duduk sebelah. Ketika disoal, lelaki itu memberi alasan bahawa teman wanitanya sedang pengsan," katanya.

Note : Lelaki ni sudah berkahwin, kejadian berpunca ada love bite kat leher girl friend dia. So dia marah girlfriend dia curang dan ada affair dengan orang lain so dia cekik dan bunuhlah. Mungkin kalau kejadian ni tak berlaku si isteri tak akan tau selama ini sang suami ada skandal dengan pompuan lain. Apa perasaan isteri lelaki ni ye...kesian...semoga beliau tabah. Semoga kita semua dilindungi oleh Allah dan dijauhkan dari perkara2 ini.Kejadian Kedua


KUANTAN - Gara-gara cemburu mengesyaki isteri mempunyai kekasih, seorang lelaki bertindak liar dengan memijak dan menghentak kepala isterinya ke lantai sehingga mangsa menemui ajal. Kejadian tragis pada pukul 5 petang di rumah bernombor 247, Blok G, Ladang Selborne, Kampung Padang Tengku, Kuala Lipis dekat sini kelmarin disaksikan oleh anak pasangan itu yang berusia 12 tahun.

Mangsa Rosmawati Abd. Rahman, 39, didakwa mula dibelasah oleh suaminya selepas anak pasangan itu mengadu kepada suspek bahawa ibunya berbual dengan lelaki lain di telefon.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan berkata, sebaik mendengar aduan anaknya itu, suspek terus naik angin dan membelasah mangsa bertubi-tubi.


"Suspek kemudian bertindak agresif dengan menolak mangsa sehingga terjatuh. Tidak cukup dengan itu, suspek kemudian memijak perut, dada dan paha isterinya. Suspek kemudian mencekik mangsa dan menghentak kepala mangsa ke lantai," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Nota : Bukankah asal kejadian lelaki ni mereka diberikan lebih akal dari perempuan. Kalau betul isterinye ada affair bukankan ada cara yang lebih baik untuk menyelesaikan perkara ini, kenapa ambik jalan mudah???

Kejadian Ketiga


MELAKA Bisikan suara jin yang memberitahu konon isterinya berzina dengan orang lain menyebabkan seorang suami menoreh kemaluan wanita malang itu dengan pisau pemotong sayur di rumah mereka di Taman Bertam Perdana, Pulau Gadong. Semasa kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, Hashimah Nong, 40, sedang bersiap-siap untuk memasak di dapur sebelum diserang oleh suaminya yang juga seorang anggota tentera dan berusia dalam lingkungan 40-an.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, mangsa tidak menyangka sama sekali suaminya yang tiba-tiba menerpa dari arah belakang itu bertindak menoreh kemaluannya dengan pisau. Ekoran kejadian itu, mangsa rebah di lantai dapur dan lelaki berkenaan pula hanya berdiri di tepi mangsa dalam keadaan terpinga-pinga, katanya ketika ditemui di sini semalam.

Nota : Boleh guna ke alasan lelaki ni... wallahualam...semoga kita semua di bawah lindunganNya.

5 comments:

  1. Mummy... grrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!! lelaki tu ingat...senang ke ibu kpd pompuan2 yg teraniaya dan mati/cedera tu mengandungkan, melahirkan seterusnya membesarkan dgn penuh kasih sayang tiba2 bila dah ada pasangan, senang2 je dia nak bunuh/cederakan... heee geramnyaaa sayaaa... cuba bayangkan klu ank pompuannya kena mcm tu.

    p/s: sorry... emo sikit...sbb baru je mendgr luahan mslah teman seperjuangan ttg suaminya yg pendek akal.

    ReplyDelete
  2. Hah tu lah lelaki sekarang, dapat bini, dia ingat dah jadi hak milik kekal, boleh buat sesuka hati, nak bunuh, nak picit , nak toreh...heiiiii..dalam kepal otak dia ingat :isteri kena taat suami"...heiiii memang tak ada otak.
    so lain kali kalau suami ada kat rumahkena sorokkan semua pisau kot..ehehehhe kasi aje pisau toeh kat dia, suruh di api menoreh akt pokok getah....

    ReplyDelete
  3. Sebagai lelaki tulen saya no komen.
    Ni semua kerja orang tak siuman.

    ReplyDelete
  4. 'Lelaki sekarang'
    tu bukan semua MIRAKI. Adakah ia termasuk LELAKI yang terdekat dengan anda?

    ReplyDelete
  5. ehhhh lelaki yang ada kat sekeliling kita dan teman2 blogger ni tak termasuk dalam senarai macam tu yea...hehehehhe

    ReplyDelete