Tuesday, May 18, 2010

Kahwin lagi...


Hari ni hampir semua media cetak dan elektronik buat cerita tentang kes mahkamah pernikahan Bungggggggggggg Mokhtttttttttttttttttar ngan si Jijieeeeeeeeeeeeee . Ya, memang dia orang dah lama nikah. Cuma sekarang ni si mereka di dakwa kerana pernikahan poligami tanpa kebenaran isteri pertama dan mahkamah. Kalau bersalah dia orang boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya (tak mungkin dia orang akan dipenjara!!!)

Kalau paper tak buat berita masa dia orang nikah dulu ntah2 first wife tak tau yang hubby dia dah ada bantal peluk baru yang lagi gebuzzzz ( sorrylah termasuk 18sx pulak...).

Disebabkan keduanya ni orang yang dikenali so kes ni jadi 'high profile' tapi kenyataannya kes diluar sana yang melibat kan orang biasa lagilah ramai.


Kat M'sia ni orang lelaki yang nak berpoligami perlu mendapatkan kebenaran Mahkamah Syariah sebelum dibenarkan berpoligami bagi kelayakkan serta menjamin keadilan terhadap isteri-isterinya bila berpoligami. Tapi ramai yang ambik jalan mudah untuk berpoligami dengan bernikah di selatan Thailand kemudian merujuk ke Mahkamah Syariah untuk tujuan pendaftaran. Ada juga sebahagian lelaki yang berpoligami tidak mendaftarkan perkahwinannya di Mahkamah Syariah selepas berpoligami. Masalah besar akan timbul kepada isteri dan anak-anaknya jika berlaku kematian si suami, bukan itu sahaja. Anak yang dilahirkan dari poligami itu tidak akan mempunyai nama ayah di dalam sijil kelahiran ( rujuk Jabatan Pendaftaran Negara ).

Kepada lelaki2 di luar sana fikri-fikirkanlah sebelum pasang angan2. Dan kepada wanita2 yang nak jadi isteri ke-2, ke-3 dan seterusnya fikirlah masak2. Jangan sebab cintan cintun 'i follow u, u follow i'.... Hari ni kita sakitkan hati orang lain kali orang akan sakiti hati kita , hari ini kita ambik 'hak' orang, hari lain orang ambik 'hak' kita pulak....

Ada juga kata2 yang keluar dari mulut lelaki, mereka tidak akan berpoligami jika kaum isteri mampu melakukan yang terbaik untuk suami (95% kaum wanita tak bersetuju dengan pendapat ini...termasuklah Mummy...). Kepada kaum wanita isteri amnya tak salah kalau kita renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah kata-kata kat atas tu sebagai satu peringatan je. 

Marilah lakukan yang terbaik untuk suami masing2 dan suami jadilah pemimipin yang terbaik buat isteri dan anak-anak. Semoga kita semua berbahagia dengan pasangan masing-masing sehingga ke akhir hayat. Amin.

3 comments:

  1. Dalam bab Poligami, Mama respect ngan Abg Jem @ Salleh Yaakob..tengok dalam paper Utusan hari ni (MEGA)...betapa bahagianya dia dengan ketiga-tiga isterinya....dan kesemua isterinya diberi kemewahan dan kasih sayang yg tak berbeza.....TAHNIAH ABG JEM....hahahah dia kata nak cari lagi satu ..hhahahah

    ReplyDelete
  2. heiii.. aku ni bab lelaki kawin lagi ke, poligami ke, bermadu ke,no comen la tak berani sebut dan jangan di sebut2...

    ReplyDelete
  3. Ala bahagia sbb nk amik gambar aja kut x kan nk tunjuk muka masam nanti gambar x lawa kan...kan...kannnnnnnnnnnnnn

    ReplyDelete