Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru!


Sambutan Hari Guru di seluruh dunia disambut pada tarikh yang berbeza tapi dengan tujuan yang sama iaitu untuk meraikan jasa guru2.

Di Malaysia Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Tujuan hari guru diadakan:
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

 Tema hari guru tahun ini "Guru Pembina Negara Bangsa".

Untuk semua guru2 di Malaysia umumnya dan khas untuk Cikgu Yin Wong Kulai dan Cikgu MSom dan juga cikgu2 yang pernah mengajar Mummy Selamat Menyambut Hari Guru dan didiklah anak bangsa dengan ikhlas. Pasti ada balasan yanag akan diterima suatu hari nanti.


Guru2 yang masih kekal dalam ingatan Mummy...

Sekolah Rendah - Sekolah Kebangsaan Seri Chantek (Cikgu Mokli (yang mengenalkan ABC kepada Mummy, rasanya semua adik beradik Mummy pernah dia ajar), Cikgu Wahid, Cikgu Hamdan (pernah hantar Mummy balik naik motor masa Mummy demam kat sekolah), Cikgu Mat Salleh (suka mencubit), Cikgu Abdul Hamid (hensem...hari last sebelum cuti sekolah selalu bagi choc dan gula2...tujuan biar murid2 tak ponteng hari last tu... masa tu bukan senang nak dpt gula2 ngan choc))

SMR PS @ SMPenghulu Saad - Cikgu Ridhuan (cikgu kesayanganku), Cikgu Tan, Cikgu Jalimah, Cikgu Faridah, Cikgu Zainab, Cikgu Yahya, Cikgu Mat Taha, Cikgu Mat Noor, Cikgu Yusuf, Cikgu Faridah, Cikgu Mat Aris)

SM Dato' Sulaiman - Cikgu Busro, Cikgu Azizul, Cikgu Samian, Cikgu Osman, Cikgu Ruhila (Allyarhamah),

2 comments:

  1. Cikgu Azizul masih sihat walafiat dan beliaulah guru yang telah menerima banyak anugerah, antaranya PENGETUA CEMERLANG, GURU KREATIF DAN INOVATIF, dan banyak menghasilkan buku rujukan selain menjadi pengarang di Dewan Siswa.

    ReplyDelete
  2. Sy lahir hari guru...smua guru2 smbt besday sy..

    ReplyDelete