Thursday, May 20, 2010

Bibik oh bibik

Rundingan untungkan sebelah pihak



2010/05/20


TAHNIAH kepada pembantu rumah Indonesia. Hasil rundingan kedua-dua negara lebih memihak kepada mereka.

Pembantu rumah Indonesia pasti bersorak gembira kerana mendapat cuti mingguan dan berhak menyimpan pasport. Majikan di Malaysia, bersedialah menghadapi segala kemungkinan kerana dibimbangi ia juga membawa beberapa masalah lain. Bila-bila masa saja mereka boleh angkat kaki meninggalkan majikan kerana pasport dalam simpanan dan langkah mereka lebih panjang kerana berpeluang bercuti seminggu sekali serta berjumpa dengan rakan senegara lebih kerap.


Ini akan lebih membuka mata mereka untuk menuntut itu dan ini.

Tuntutan gaji RM800 walaupun setakat ini belum berkeputusan, saya yakin ia juga akan dipenuhi akhirnya.

Mengapa kes penderaan pembantu rumah oleh majikan rakyat Malaysia selalu mendapat tempat sedangkan kes salah laku dan jenayah mereka dibiarkan sepi.


Saya rasa sudah sampai masanya kita tidak bergantung tenaga kerja dalam apa juga sektor kepada rakyat asing.


Biarlah kita kurang maju daripada tidak selesa tinggal di negara sendiri yang dipenuhi warga asing yang menjadikan Malaysia sebagai negara mereka.


WONG KHOO LAI,
Kulai,
Johor.

Kat atas tu antara surat dan email yang dihantar ke akhbar2 utama berikutan keputusan pihak kerajaan Malaysia meluluskan permintaan kerajaan Indonesia, pembantu rumah memegang sendiri passport dan mendapat cuti sehari seminggu. Nampaknya kerajaan Indonesia bertindak pantas membela nasib warganya yang menjadi pembantu rumah di sini tapi kita sebagai majikan agak2 siapakah yang akan membela nasib kita andai pembantu rumah kita buat hal.

- gaji bersih RM650
- makan tanggung bera* cangkung, apa kami makan dia makan, kadang2 kami tak makan pun dia makan...hihihi
- bilik x sewa
- basic toiletries percuma (termasuk pad tiap bulan tau... klu nak lipstik tu belilah sendiri)
- medical percuma
- percutian percuma (mana kami cuti dia akan ikut... naik kereta, naik bot , naik belon semua dia ikut)
- duit raya dari saudara mara
- baju raya percuma

Kalau dengan apa yg Mummy senaraikan kat atas tu tapi maid tetap buat hal, majikan ke yang patut disalahkan????

8 comments:

  1. satu tamparan hebat tu Mummy... berdoa je la byk2 ya...

    ReplyDelete
  2. hehehhe....tambah lagi gee...
    tengok Sinetron kat Astro pun lebih banyak dari kita..sebut aje cerita apa semua dia hafal. alah mama senang jer...kalau dia claim nak cuti gak..mama akan kat....kau pegilah sendiri nak cuti tu ..tak kuasa nak hantar. selama ni kalau nak cuti dia berhantar dan berjemput....ni kalau nak gi cuti pegilah naik bas sendiri. Kalau dia nak cuti balik kg pun..suruh aje dia gi port klang tu sendiri heret beg dia yea..hehehehhe
    pelilkah kenapa kerqjaan kita plak yang ikut aje ckp diorang,. tau tak kat negara dia gaji pembantau rumah tu dlm RM100 jer sebulan. lepas tu dibuat betul2 cam babu. lepas ni kalau bibik mama buat hal ke apa..memany hai..hai..bye...bye...ler.....

    ReplyDelete
  3. sapa yang harus dipersalahkan.....orang tempatan langsung tak berminat jadi pembantu, nak harapkan sapa lagi...tak nak pembantu orang indon, cuba2 la menerjah ke kampung2 kut2 ada anak2 dara ke tak dara yang nak jadi pembantu.

    ReplyDelete
  4. Mummy pun rasanya kalau lepas ni bibik x nak sambung rasanya x ambik maid lagi kut. Anak2 pun dah besar sikit... hantar nursery je la. Rasa sayang pulak nak melabur RM5000-RM8000 untuk amik maid baru yg tak tau attitude dan quality kerjanye... ni la nasib majikan cam Mummy ni, menjadi mangsa angkara beberapa ketul majikan yg tak buat betul kat maid masing2.... bukan nak racist la tapi kes2 majikan dera maid sebelum ni ada ke yang melaY*?

    ReplyDelete
  5. Betullah Gee... hantar jerr kat nursery... kalau hantar nursery pun mungkin Daffy yang lebih sikit cos belum tahu cebok berak. Yang lain cuma untuk tengok2kan ajerrr.
    4 orang dlm 1k kot. Kalau ada bibik dah kena bayar awal 5k-8k. Gaji RM650.00. Lain2 keperluan dah dekat 1k jugak. Untuk kemas rumah ko caru tukang kemas seminggu sekali dengan cuci baju dan gosok. May be around RM80.00 seminggu.

    ReplyDelete
  6. Walaupun aku x de pmbanu rumah indon tp cam x stuju sngar dgnlangkah krjaan melayan kehendak dia....nursery kan bnyak anta je anak2 kt situ diaorg ni brlagak x sdar fuk kt ngri dia kebulur n merempat dtg sini baru2 cam muka 10 sen dh msuk 2-3 bln naik tocangnya....klu aku jadi mummy gee n mmiraki n yg lainnya cukup lah takat th ni je ada org gaji indon klu nk gaji 800 gak pi la duk rumah sewa n keperluan byar sndiri,krja kilang haram pun gaji blum tentu bnyk tu bnyk la cekadaknya. NAMPAKNYA KES ORG GAJI NI 95% MEMIHAK KPDNYA, renung2kan lah wahai majikan2 x kan nk duk diam je................

    ReplyDelete
  7. Betul3x kata yin tu gee aku sokong 500% walaupun aku x de org gaji anta kt nusrey je ala takat basuh kain pejam mata pun leh buat mesin yg buat kan...cam miraki buat rugi je byar mahal2 takat jaga amir je ,msk sndiri klu x smpt msk pun kdai brtaburan sana sini, g pun suka mkn kt luar kan...jangan alirkan matawang kt pekerja asing....rugi bnyak sngat pd aku, abis bln 10 ni jngan smbung lagi kontrek biar dia blk negeri dia mkn jagong ayam.....

    ReplyDelete
  8. kak gee setuju sgt ngn statement akk tu....lps ni klu sue x nak sambung pon x kosa nk amik maid lagik...penat lar skit

    dulu mak & abah keje x pki maid pon kitaorg tetap terjaga & jadi manusia....

    ReplyDelete