Wednesday, September 23, 2009

Ziarah 'Rumah' (pusara) Emak & Abah

Musafir Di Aidil Fitri (S.Jibeng)

Gema takbir di subuh hari
Menjelang sudah aidil fitri
Tapi hamba musafir diri
Ke sana sini membawa diri

Ayah ibu lamalah pergi
Pergi menyahut seruan Illahi
Tinggal hamba seorang diri
Tiada siapa ingin hampiri
( korus )

Oh Tuhan Yang Maha Kaya
Hamba menangis di pagi raya
Aidil fitri hari bahgia
Tapi hamba dilanda derita

Pusara ayah dan juga ibu
Di pagi bahgia hamba kunjungi
Dengarlah ini ratapan anakmu
Hamba musafir di aidil fitri

Sedih dan mendayu2kan lagu S.Jibeng ni. Nasib baik ler Mummy sekadar kehilangan emak dan abah jer. Tapi Mummy masih punya rumah pusaka kat kampung, keluarga sendiri dan adik beradik serta saudara mara yang masih akrab hubungan kekeluargaan. So tak de lah jadi musafir diaidil fitri.
29 Ramadhan balik daripada pasar PS, Mummy dan Mama Miraki singgah ke kawasan perkuburan untuk ziarah 'rumah baru' emak dan abah. Memang selalu kami berkunjung awal ke 'rumah' emak ngan abah sebab kalau dah raya nanti terleka dan tak berkesempatan ziarah.

Jasad emak dan abah disemadikan di Tanah Perkuburan Pt Sentang Batu. Impian emak dan abah supaya pusara mereka berdekatan akhirnya dapat kami adik beradik laksanakan.

Semoga roh emak ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin.



Semoga roh abah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman juga. Amin.

Kami sekadar meletakkan batu nisan di pusara emak dan abah. Ada juga cadang nak letakkan batu pagar dipusara ini tapi bile mengenangkan pesanan emak yang tak izinkan kami letakkan batu pagar di pusara abah, kami batalkan saja niat.

No comments:

Post a Comment