Tuesday, September 29, 2009

Raya : Kuih Moden Vs Kuih Tradisional


Kuih tradisional atau kuih moden? Mana satu pilihan ngkorang? Pilihan sebenarnya ditangan ngkorang. Bagi mummy ada kuih moden yang mummy suka dan ada gak yang mummy tak suka. Macam tu gak dengan kuih tradisional, ada yang mummy suka dan ada yang mummy suka.

Raya tahun ni mummy buat 4 jenis kuih dan kesemuanya kuih2 moden. Tapi mummy ada gak kuih2 tradisional samada beli atau orang bagi.

Mummy rasa generasi muda kebanyakkanya buat kuih moden jer. Yang kuih tradisional tu masing2 beli jer. Ya la kuih tradisional tu nak buatnye renyah dan susah. Silap adunan sure tak jadi punye. Sanggup ke ngkorang nak kacau dodol 4-5 jam? Jamin berketul2 otot kat lengan... Atau pukul telur dalam tempayan untuk buat bahulu. Mixer semua tak main yer. Semua guna mesin asli, tulang 4 kerat. Tapi tu lah setiap kuih tradisional ada rasa yang tersendiri. Kuih2 moden ni adunan dia sama je, cuma letak perisa yang berbeza. Dan kuih2 moden ni selalunya 'terover' decoration dia...kira terlebih cantik jer ler...hihihi

Dan kalau kita pegi beraya yang selalu kita cari mesti kerepek2? Pas tu kuih tradisional dan last sekali baru biskut2 moden.

Inilah 4 jenis kuih yang Mummy buat untuk raya tahun ni. Atas kiri tu cornflakes chocolate, atas kanan tu almond london, bawah kiri biskut mazola@peanut butter cookies dan bawah kanan tu chocolate chip. Anak2 mummy pun pandai komen, kenapa kuih mummy semua warna cokelat, kenapa tak warna merah ke kuning ke? Senang je jawab Mummy, sebab mummy ni hantu choc sebab tu semua biskut berasaskan choc kecuali mazola.

Ini 4 jeni kuih yang mummy beli atau orang kasi. Cornflakes madu insurance agent mummy bagi, biskut aprikot mummy beli, biskut mocha tu agent insurance bagi dak dan biskut oat tu mummy beli.

Dan ini kategori kuih tradisional yang Mummy ada. Rempeyek (beli kat Kak Noor), bangkit kelapa (beli kat kawan Kak Long, sedap sangat kuih bangkit dia ni, rapuh dan memang sedap laaa), biskut samperit (yang dah dihias moden dengan choc dan bunga2 ni mummy beli gak), dodol (abg Mummy, Yin yang bagi, semua adik beradik dapat seorang sebungkus, anak dara Mummy makan hampir tiga suku), rempeyek kacang dal (kontra choc chip dengan kakak Mummy, si Som), kerepek keladi sarawak@selatah (order kat kakak Mummy si Mek, ni punkontra ngan cornflakes choc & almond london).

1 comment:

  1. Gee..gigih tul kau menyusun kuih muih ni dalam pinggan untuk snap foto erk......

    ReplyDelete