Friday, September 25, 2009

Album Raya Keluarga Hj Omar & Hjh Amanah

20/09/2009 = 1 Syawal (Ahad) - Acara wajib dwi-tahunan, apa lagi bergambar beramai2 dipagi raya lah. Kenangan amat manis ni. Rugi siapa yang tak dapat joint. Memang le bila fikir2kan dengan cuaca panas2 terik nak bergambar depan rumah macam buang masa jer, tapi bila tengok gambar dah siap rasa seronok jer. Biasalah mula2 gambar semua ahli keluarga, kemudian gambar ikut keluarga masing2 dan banyak lagi lain2 kategori lagilah.



Keluarga Allahyarham Hj Omar dan Allahyarhamah Hjh Amanah

Gambar kesemua generasi kedua, ketiga dan keempat Allahyarham Hj Omar dan Hjh Amanah. 9 anak, 8 menantu, 26 cucu, 3 cucu menantu dan 3 cicit. Bukan senang nak ambik gambar ramai2 cam ni, cabaran gak ler, si kecik merenggek kepanasan la, ada yang tetiba nak g toilet ler, self timer camera tak function le. Tapi finally gambar ni dapat diabadikan.

Baris Pertama Dari Kiri : Dania, Ariel, Danny, Iki, Ika, Shasha
Baris Ke-2 Dari Kiri : Hafiz, Ijat, Harith, Danish, Shafiq, Amir, Lisa
Baris Ke-3 Dari Kiri : Farhan, Fareez, Faez, Echah, Ayu, Ain, Eja, Erra, Suzy, Irene, Iwan
Baris Ke-4 Dari Kiri : Kak Lah, Mek, Kak Mah, Yin, Kak Long, Gee (Mummy), Kak Noor, Som, Alia, Enab
Baris Ke-5 Dari Kiri : Amy, Aril, Abg Wan, Abg Brahim, Arul, Abg Mat, Lan, Kak Tanty, Ariff, Dafiy, One (Daddy), Abg Rin, Abg Enal, Hafeez, Don

Anak2 Emak & Abah

Depan Dari Kiri : Kak Lah, Gee, Yin (Big Brother), Mek, Kak Noor

Belakang Dari Kiri : Enab, Kak Long, Kak Mah

Dengarlah irama lagu, larut malam...pabila larut malam...(nyanyi ikut lagu P.Ramlee). Sporting tak adik beradik Mummy???



Keluarga Kak Long

Kak Long ada 4 orang anak lelaki. Anak Kak Long yang sulong (Lan) dah kahwin dan ada dua orang anak. So kira mummy ni otomatik dah jadi nenek ler. Abg Long telah kembali kerahmatullah 4 tahun yang lalu kerana brain tumor. Tahun ni baju tema purple, si Faez dan Arul tu tersilap tema ke apa...hihihi

Duduk : Lan, Ariel, Kak Long, Suzy, Irene
Berdiri : Faez, Ariff, Arul



Keluarga Kak Noor

Kak Noor ada 2 orang anak lelaki dan 3 perempuan. Anak Kak Noor yang sulung Ain dan kedua Iwan dah kahwin. Iwan dah ada anak sorang. Baju tema oren tahun ni. Kak Noor ni chef dalam keluarga Mummy.

Duduk : Iwan, Abg Rin, Kak Noor, Echah, Ain
Berdiri : Ayu, Amy, Eja, Ariel, Ija




Keluarga Kak Mah

Kak Mah ada dua orang anak lelaki jer. Mummy yang bagi nama dua orang anak2 kak mah ni. Tema purple gak. Ayah dan anak2 ikut style Sultan Johor ni, baju melayu match dengan slack...Kak Mah ni antara anak2 emak dan abah yang masih pandai masak menu dulu2 kesukaan emak abah.

Duduk : Abg Mat, Kak Mah
Berdiri : Fareez, Farhan




Keluarga Kak Lah

Kak Lah ada sorang anak lelaki dan sorang perempuan je. Sorang anak Kak Lah telah meninggal 12jam selepas dilahirkan.

Duduk : Abg Wan, Kak Lah
Berdiri : Shasha, Hafeez



Keluarga Mek

Mek cuma ada sorang anak tunggal. Memang anak emak ngan ayah la si Shafiq ni. Orang harapan kami semua untuk menjenguk dan menjaga rumah pusaka dan kebun2 peninggalan emak abah. So far so good. Kalau tak ada mereka berdua tak taulah macama keadaan rumah dan kebun2 emak abah. Harpakan kami yang jauh ni balik tiga bulan sekali tapi dia orang dua minggu sekali mesti bali. Camni tahun depan boleh naikkan elaun bulanan...heheheh

Abg Brahim, Shafiq, Mek



Keluarga Yin

Macam Mek, Yin pun cuma dikurniakan seorang anak lelaki tunggal je. Sedondon dalam warna purple. Dengarnya tempah baju sejak awal tahun lagi. Bukan apa takut baju raya tak siap macam tahun sebelumnye...kesian abang dan kakakku in...Yin the one and only anak lelaki dalam family Mummy.


Yin, Harith, Kak Tanty




Keluarga Som

Som dikurniakan 2 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan, Kira cun ler tu dua pasang. Som yang selalunya tema raya warna-warni tahun ni nampaknye sedondon...takut kutuk ngan kita orang ker...hihihi. Som ni suka aktiviti berkaitan dengan kemas dan buang. Mentang2 dia pernah jadi valuer kat MPJB. Kalau kat kampung spray serangga sentiasa ada kat tangan dia. Dan kalau ada makanan ke kain baju tetiba hilang, cuba check kat plastik2 sampah atau tempat buang sampah, rasanya ada kat situ....jangan mare som!

Duduk : Abg Enal, Som, Aliya
Berdiri : Ijat, Alisa, Hafiz



Keluarga Gee@Mummy

Mummy dikurniakan tiga orang anak lelaki dan seorang anak dara sunti. Tahun ni Mummy pilih tema purple. Kira sedondon ler anak beranak. Tengok Dania siap dah bawak beg tangan lagi. Ha ngkorang tak paham2 lagi, bagi le duit raya kat dia. Selain jadi 'Bendahari Agong' yang pegang akaun dana keluarga, Mummy gak jadi driver dan tukang pegi pasar. Rasanya jawatan tu 'tetap dan berpencen'...apa2 yang tak ada kat rumah selalunya Mummy yang menjadi mangsa pegi beli...

Danny, One (Daddy), Dania, Gee (Mummy), Dafiy, Danish


Keluarga Enab

Enab dikurniakan dua orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Anak perempuan enab Anis Sabrina telah meninggal 7 tahun yang lalu kerana denggi berdarah. Kalau Anis Masih hidup, dia sebaya Danny, dah masuk darjah satu. Enab di 2nd chef dan pembantu kanan kepada Kak Noor, tapi kalau dia masak jangan harap dia nak mengemas ler, cam tongkang karam kat singki ... dia tau bila bersepak cam tu tak lama lepas tu Som akan datang kemas pulak...dia juga kaki gossip, kecoh


Duduk : Enab, Amir, Don

Berdiri : Ika, Iki


Keluarga Lan

Lan adalah generasi ketiga. Berkahwin dan ada dua orang anak. Sedondon dalam tema biru purple.

Ariel, Lan, Suzy, Irene


Keluarga Iwan

Lan juga generasi ketiga. Berkahwin dan ada seorang anak.

Iwan, Echah, Ayu

Gambar2 lain akan dimasukkan dalam entry akan datang.

No comments:

Post a Comment