Monday, September 7, 2009

Projek Kuih Raya : Part II

7/9/2009 (Isnin) - Hari ni cuti Nuzul Quran. So aktiviti mummy sambung projek kuih raya lah. Hari ni mummy buat almond london dan chocolate chip cookies. Biasa lah biskut mummy selalunya berasaskan chocolate sebab mummy ni memang hantu cokelat. Buat cookies ni asas dia sama jer kan telur, butter, gula, tepong. Pas tu tambah apa2 perasa yang nak.
Mummy buat almond london dulu. Mek dah tempah 100pcs. Enab nak 50 pcs, so at least mummy nak kena buat 500pcs ni, yer lah nak bawak balik kampung mummy dan kg in law lagi.
Mula2 pukul gula dan butter. Dah kembang masukkan telur. Pukul lagi. Ayak tepung dan masukkan sikit2.
Pas tu ramas2 ler adunan biar lembut.
Bila adunan dah lembut bentukkan bulat2 atau lonjong2 ikut suka dan masukkan almond. Mummy punya kalau almond kecik2 mummy buat bentuk bulat kalau almond besar mummy buat lonjong2 le...Masa nak bualt2kan ni mata mummy ngantuk sangat, rasa sampai nak terlelap betul.
Lepas tu bakar jer ler. Lepas bakar kena salut dengan chocolate. Mummy selalu bakar jer biskut ni banyak2 danlepas tu baru salut chocolate. So almond london mummy sekarang ni belum siap sepenuhnya lagi Tunggu nak salut chocolate jer.

Lepas buat dua adunan almond london mummy buat chocolate chip pulak. Jemu ler nak buat almond lagi. Almond london sambung lain kali le pulak.
Sama gak mula2 pukul butter dan gula + gula perang. Pukul sampai kembang dan masukkan telur. Pukul lagi.

Bila dah kembang, masukkan ler serbuk koko
Pas tu masukkan tepung sikit2, kalau masuk serentak nanti berketul2 ler
Masukkan badam cincang dan chip chocolate. Instead of choc chip mummy terbeli coffee chip. Dah masukkan baru terperasan. Yer lah nampak warna cokelat jer mummy main ambik jer tak baca label pun..hihihi...nasib baik kat rumah memang ada baki stock chocolate chip.
Pas tu buat le bulat2 dan letak atas tray. Jangan lupa sapu dulu butter kat dulang pembakar,
Pas tu bakar jer lah..hah dah sip pun chocolate chip mummy. Sedap dan rangup. Lepas ni tak payah lagi beli chipsmore...hehhe...puji diri sendiri ler...

2 comments:

  1. chocolate chip ada tak rasa2 cam famour amous....tolong buat kat kita sebalang ye....Amir nak lah

    ReplyDelete
  2. lepas ni kita tak beli dah famous ammos ngan chipsmore, buat sendiri jer, kit punya lagi crunchy tau .... mewah ngan choc chip dan almond flakes

    ReplyDelete