Wednesday, September 23, 2009

Persiapan dan Menu Raya

OaRaya tahun ni kami kena sediakan makanan untuk 50 orang ahli keluarga termasuk 2 bibik. Selain dari tu kami juga buat jamuan raya untuk orang2 kampung. Bayangkan macam mini kenduri ler pulak. So stock makanan utk 50 orang selama 3-4 hari kena ready. Tangan memang tak dan kering ler. Nasib baik kami ramai adik beradik perempuan so aktiviti masak walaupun berjenis2 tapi dapat siap ikut time.

Menu untuk raya ketupat nasi (ada anyam dan ada guna ketupat segera), ketupat palas, lemang, rendang tok, rendang kerang (favourite Daddy), kari ayam, lodeh, sambal kacang dan meehoon soto. Jenis dan kuantiti makanan memang banyak. Bayangkan ayam 12 ekor, daging 12 kilo, pulut 3 kg untuk ketupat palas, 18 ketul ketupat segera, 70 biji ketupat anyam, 1.5kg kacang tanah untuk sambal kacang, 4 bungkus meehoon untuk meehoon soto, 10 batang lemang dll...memang patut ler family mummy ni badan semua XL ke atas...hihihi...
Stock barang2 kering semua Mek dan Abg Brahim dah beli. So tinggal barang2 basah dan mana barang yang terlupa beli jer kami tambah. Barang kering daripada beras sehingga ke shampoo semua dah ready masa mummy sampai kampung.

Ni nak masak utk raya ke nak berkenduri. Bawang besar sampai satu karung. Biasalah kami amalkan falsafah abah, biar lebih jangan kurang...ingat boring ke kalau nakmasak bawang ada 2-3 ketul je

Suppy buah2an oleh abg brahim. Ada duku, jambu batu muar (sedap...manis dan rangup),limau dan mangga. Senduk baru pun beli gak. Penyembur tu akan sentiasa berada di tangan Som...


Ketupat palas ada ketupat nasi ada dan ketupat nasi segera pun ada, nanti nak makan pilih jer mana yang berkenan ye.

Ketupat nasi yang sedang dan lepas direbus. Lembut jer kutupat ni, pandai sungguh siapa yang isi beras...hihihi (pst. kena puji ni, so tahun depan rajin ler dia orang sambung tugasan ni....)
Menu wajib hari raya. Rendang Tok versi PS . Berejam gak le nak mengacaunye bagi daging lembut.

Sebahagian kuih raya sumbangan mummy dan adik beradik. 9 beradik masing2 bawak kuih memang ler banyak jadinya. Dodol ni Yin yang bawak, kami adik beradik masing2 dapat sebungkus seorang. Sedap dodol dia...tima kasih Yin & Kak Tanty

Walaupun kerja banyak tapi kalau ada kerjasama dari semua akan jadi cepat. Masing2 ringan tulang (yer ker ringan, klu badan besar sure ringan berat kan...kihkihkih).



Menganyam dan mengisi ketupat.


Orang lain sibuk isi ketupat, Mummy sibuk nak bergambar je


Rajin betul budak ni. Anak dara sapa lah? Lagi sekali Mummy 'tolong' bergambar je..alah tolong gak kan..
Basuh ayam tu bersih2, buang kulit dan pastikan tak der buku2 ayam yang tertinggal ye. Ha tengok, Mummy pun tolong rebus ketupat tua, sapa kata Mummy asyik bergambar jer

'Orang2 kuat', dua jam mengacau rendang tok.
Alamak, tengah masak gas habis le pulak, nasib baik ada Abg Enal. Mengacau betul le dia oragn ni, orang tengah belah kelapa muda suruh gi beli gas pulak.
Dalam sibuk2 kita orang masak, nasib baik ada Abg Brahim yang tolong kemas kawasan luar rumah....

2 comments:

  1. Salam Kak Gee,

    Best sungguh tengok muafakat,keakraban antara adik-beradik Kak Gee walaupun kedua ibu bapa sudah tak ada.

    Saya berharap adik beradik saya pun akan jadi mcm keluarga Kak Gee juga suatu hari nanti.Amin....

    Semoga perhubungan keluarga Kak Gee akan erat selamanya...Amin...

    ReplyDelete
  2. Salam Anonymous, terima kasih sbb visit blog k.g.

    ReplyDelete