Wednesday, September 9, 2009

18 Ramadhan

8/9/2009 = 18 Ramadhan (Selasa) - Hari ni mummy rasa letih betul, tak tau ler kenapa. Mungkin sebab dah 4 hari cuti tu yang rasa letih dan malas lebih sikit. Tengahari mummy gi ke Mines dengan kawan mummy beli fax machine. Fax machine kat office rosak ler pulak. Lastnya kita orang beli all in one machine (fax, print, scan, copy).

Balik kerja singgah pasar ramadhan beli kuih sikit untuk buka puasa. Hari ni tak der mood nak ambik gamba2 menu buka puasa. Menu pun sempoi jer, mummy beli ayam percik untuk anak2, masak sup dan bibik masak sayur lemak. Ikan goreng cam biasa ler tak tinggal. Daddy hari ni buka puasa kat KLCC.

Lepas maghrib mata mummy memang tak boleh bukak langsung. Ngantuk tahap cipan. Anak2 ajak teman main bungapi pun mummy tak larat dah. Lastnye belum pukul 9 mummy dah zzzz. Bibik yang temankan anak2 kat luar. So nampakny aprojek nak menyambung buat kuih terbantut lagi. Tahun ni tak tau ler mood buat kuih kureng sikit, tahun lepas setiap kal lepas sahur jer sambung buat kuih, buat sikit2 ler.

No comments:

Post a Comment