Saturday, September 5, 2009

14 Ramadhan

4/9/2009 = 14 Ramadhan (Jumaat) - Hari ni mummy masak paling sempoi. Letih shopping punya pasal balik sampai rumah dah tak larat nak fikir masak apa. Daddy pulak kata masak apa jer. So finally inilah menu buka puasa hari ni.

Ikan terubuk bakar cicah kuah kicap...terubuk ni besar sangat, so bakar separuh jer ler. Ikan ni patutnya bakar masa mummy buat jamuan buka puasa last week tapi sebab Mama mIrki dah bawak ikan bakar banyak sangat mummy simpan balik ler ikan ini...

Pecal kegemaran Daddy. Ada 2-3 kali beli kat pasar ramadhan tapi ntah rasa apa...silap2 sayur2 dia dah basi sebab celur dari tengahari.

Sagu gula melaka. Sedap betul makan sejuk2. Mummy siap letak ais kat santan tu lagi. Si Dafiy pun bukan main suka lagi makan.

Lauk tunjuk2 Daddy beli kat pasar Ramadhan. Lemak nenas ikan masin dan ikan keli.

Ayam golek 'tunjuk-tunjuk' pun beli kat pasar Ramadhan.

Malam lepas Maghrib layan anak2 main bunga api sat. Mummy beli bunga api kat pasar Ramadhan semalam. Ada satu kedai jer yang jual. Mahal lak tu. Untuk anak2 mummy beli lah sikit Buat naikkansemangat diaorang untuk habiskan puasa. Lastnye bukan anak2 jer yang main bunga api, Mummy dan Daddy pun main sama...heheh. Gambar yg mummy ambik tak clear so tak mau la nak letak kat sini. Tunggu mummy beli kamera baru.

Okey tak kalau boleh main bunga api cam ni masa raya kat kampung? Hehehe. Mau berpesta satu Parit Sulung....

No comments:

Post a Comment