Monday, September 28, 2009

Indahnya Kampungku

Signboard rumah pusaka emak & abah. No. 313 Batu 21 Jalan Muar, 83500 Parit Sulong , Batu Pahat, Johor. Itulah alamat rumah kampung Mummy. Dulu2 alamat rumah Mummy tak ada pun dombor rumah, lepas tu guna nombor tiang elektrik pulak dan sekarang ni guna nombor pulak. Masa guna nombor tiang elektrik nombor rumah ni PSU 139 (PSU tu singkatat Parit Sulonf Utara). Signboard ni sebenarnya dah patah tapi Abg Brahim ikan semula dengan dawai.

Rumah pusaka emak & abah yang masih cantik dan terjaga dengan rapi. Ramai orang sangka ada orang tinggal kat sini sebab nampak terjaga betul.
Surau baru sign board pun baru gak. Surau depan rumah kampung Mummy ni dinamakan sempena nama abah. Dari dulu abah tak nak surau ni dinamakan dengan nama dia, tapi masyarakat kampung letak gak nama abah kat surau ni sebagai mengenang abah yang mewakafkan tanah dan juga imam pertama di surau ini.
Dulu surau ni surau kayu je sekarang ni dah tukar surau batu. Abah suka betul bila dapat tau surau lama dapat peruntukan untuk digantikan dengan surau baru. Tapi penantian abah berakhir tanpa dia sendiri sempat tengok surau baru ni siap.

=====================================================


Pagi yang damai...

Suasana pagi di kampung yang mendamaikan dan udara yang segar. Masih berkabus walau dah pukul 7am. Ada ala2 resort tak??? Hehehe

Bercuti di'resort Hj Omar' ....
Saujana mata memandang...
Ni bukan Gunung Ledang tau...Mummy pun tak tau ler apa nama bukit/gunung ni...Tapi bukit ni betul2 bertentangan dengan rumah Mummy. Kebun sawit ni baru jer ditebang untuk tanam semula (ya ker nak tanam semula??, ntah2 nak dirikan rumah rehat ala2 resort jangan dirikan kilang depan rumah mummy sudah, nanti teruk pencemaran pulak). Dulu2 kat kebun ni lah kami kutip pucuk paku beramai2. Nostalgia betul le!


Woit dah kul 7 ler tak reti2 nak off sport light ler tu ke???. Membazir betul ler ngkorang.


'Mini garden', landskap rumah yang terjaga rapi. Sapa yang jaga ek? Sapa lagi klu bukan Abg Brahim. Tang ni memang banyak kena bagi kredit kat dia.


Pondok comel dan kecik ala2 gazebo idea Abg Brahim ngan Mek. Semuanya dari bahan2 terpakai.

Dulu masa kecik2 Mummy ngan Mama Miraki selalu mandi kat parit kecik ni dengan kawan2 jiran sebelah rumah. Dulu air kat dalam parit ni jernih walaupun warna dia cam teh-o.


Surau baru dipenuhi oleh masyarakat kampung semasa solat Aidil Fitri baru2 ni. Sampai kat luar2 lagi.
Harap2 di hari2 biasa keadaan ini dikekalkan.



Halaman rumah Mummy yang luas memudahkan jemaah yang hendak ke surau park kereta.

=====================================================


Kesuraman dan kepekatan malam

Senja di kampung. Mentari melabuhkan tirainya, apakah sinar pagikan muncul kembali? Rasa suram jer suasana. Tetiba rasa sedih la pulak.

Suasana halaman rumah pukul 2am. Ada cam ala2 cerita 'Keliwon' atau 'Jangan Pandang Belakang' tak?


Malam pekat tanpa sinaran bulan dan bintang. Sesekali mengharapkan sorotan dari lampu kenderaan.
Sorotan lampu kenderaan menerangi pondok kecil ini....
Pondok kecil waktu dini pagi. Gambar ni diambil kul 1 am, masa kita orang sampai kampung masa balik raya. Ingat tak seram ker dini hari ada pompuan dokong anak duduk kat pondok ni....hehehe.

=====================================================

REAL

Rajin berbudi pada tanah memang tak merugikan. Hasil tak akan habis dimakan setahun dua. Dengan kudrat dan tulang 4 kerat abah usahakan semua tanaman ni. Rasanya pokok apa pun yang abah tanam sure membuahkan hasil. Yang mummy ingat pokok durian jer yang tak pernah berbuah, kurus meninggi jer pokok buah tu. Masa mummy kecik2 dulu bila lepas makan durian kami akan cantumkan semula kulit durian tu dan ikan dengan tali, kemudian kami ikatkan kat pokok durian, so nampak ler macam pokok duraian abah tu berbuah..kretif..kretif. Tapi pokok tu dah lama abah tebang, boring kut tunggu berbelas2 tahun tak berbuah.


Lebat betul buah mangga ni, bergayutan atas bumbung dapor. Ni real punye mangga tau buka 'farmville' punye. Masa abah tanam pokok mangga ni dulu, kita orang punye le laser, cakap kat abah "tak payah tanamlah, abah dah 'maghrib' nanti tak sempat merasa". Pas tu abah jawab, "kalau abah tak rasa ya tak apa boleh buat untuk anak cucu". Cakap abah jadi kenyataan, dia tak merasa pun buah mangga ni tapi kami anak cucu sampai tahap puas dan jemu le.

Pokok nangka yang tak pernah jemu berbuah. Abg Brahim yang rajin balut buah2 tu. Masa raya sebiji nangka dari pokok ni masak. Manisssss sangat!


Baka pokok pisang ni daripada masa abah hidup lagi. Sampai sekarang belum pupus. Anak2 pokok pisang ni tumbuh bersilih ganti. Mungkin sebab tanah kampung yang subur semula jadi so pokok pisang ni tak pupus2.


Deretan pokok rambutan yang tak jemu berbuah tiap tahun. Ada rambutan kuning gading, anak sekolah, gula batu, rambutan merah. Selalunya rambutan ni jadi hidangan tupai2 jer bila kami dah tak larat nak makan. Selain tu dah pesan kat jiran sebelah suruh orang2 yang datang jemaah kat surau petik buah2 rambutan tu bila masak.

Kebun kelapa sawit di belakang rumah dan di Batu 18 Air Hitam abah usahakan dengan emak berdua. Kira kerja2 daripada membersihkan tanah, tanam, petik, meracun semua mereka buat sendiri. Sekarang kebun2 ni kami upah orang untuk petik dan bersihkan. Nasib baik ada Abg Brahim yang monitor kerja2 dia orang. Sekarang pokok2 kelapa sawit ni tunggu masa untuk di'pruning' dan diracun rumput kat kelilingnye.
Bunga kertas yang tak pernah berhenti berbunga. Bunga ni betul2 kat tepi jalan depan rumah. Tanpa apa2 baja pokok bunga ni semakin subur.

1 comment:

  1. indahnya kampung ni... terima kasih kerana telah mengingatkan kenangan indah saya kat kampung di indonesia

    ReplyDelete