Friday, September 25, 2009

Malam Raya - Main Bungaapi

19/09/2009=29 Ramadhan (Sabtu) - Lepas solat maghrib, budak2 dah tak sabar2 nak main mercun dan bunga api. Stock bunga api dan mercun tahun ni kureng sikit nak dibandingkan dengan dua tahun lepas. Mungkin sebab gawat kut ...hihih...apa2hal pun tetap berdentam dentum gak ler.

Memang meriah sungguh suasana malam raya. Kalau emak dan abah masih ada, mesti mereka duduk kat tangga dan perhatikan anak cucu main bunga api. Nak buat macamana mereka dah tak ada. Tapi mungkin juga mereka 'perhatikan' kami anak cucu jauh 'dari sana'. Wallahhualam. Al-fatehah untuk mereka.


Keadaan rumah yang terang benderang...naik ler bil letrik bulan ni, pasang sport light setiap malam, kekadang terlajak sampai kesiang

Bestnya jadi budak2 kan...tau main jer, tak der nak fikir benda2 lain

Cantik tak bunga api ni?


Deretan lampu raya sepanjang jalan dari pondok menghala ke rumah. Cam bunga api KLCC tak?

Lepas aktiviti bunga api, para isteri teruskan aktivti memasak untuk menu raya esok. Walaupun sebahagian menu dah siap tapi banyak gak lagi yang tak siap. Sambal lodeh, kuah kacang, kari ayam, soto, rebus ketupat segera dll ... malam tu hampir pukul 1am kami baru tidur.

No comments:

Post a Comment