Friday, September 25, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2009

20/09/2009 = 1 Syawal (Ahad) - Alhamdulillah mummy dipanjangkan umur untuk merayakan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa (emm ye ker sebulan? hihihi). Pukul 4.30 am dah bangun pagi. Macam bangun nak sahur pulak. So sambung aktiviti masak lagi ler. Mummy kena masak soto. Lepas tu kejutkan daddy dan anak2. Ya la orang ramai mesti nak kena berebut toilet dan bilik air. So nak senang mandi jer awal2 pagi. Mummy sempat jemaah subuh dengan daddy dan terus mintak ampun dan maaf kat daddy.


Suasana pagi raya di rumah mummy dan kenderaan penuh sesak di depan rumah semasa solat sunat raya. Nasib baiklah laman rumah pusaka ni luas senang orang nak parking,kalau tak melimpah kat tepi jalan raya.


Lepas solat sunat Raya, kami teruskan tradisi abah, jemput orang2 kampung ke jamuan raya yang kami buat. Dah alang2 datang dia orang terus buat marhaban@baraan (true blue Johorean mesti tahu apa itu marhaban@baraan) kat rumah mummy, so esok dia orang tak singgah lah rumah mummy lagi. Kat kg mummy selalu marhaban dibuat pada raya kedua.

Alhamdulillah masih ramai yang sudi berkunjung ke rumah Mummy walaupun emak dan abah dah tak ada lagi.

Lepas marhaban ada ucapan dari ketua masyarakat Tn Hj Mazlan. Sesekali terpandang dia ni ada iras2 muka abah pulak, cuma dia ni tinggi sikit jer.


Jemputlah makan apa yang ada, jangan malu2.

Lepas marhaban selesai apa lagi sesi fotografi dan bagi duit raya ler (akan diceritakan dalam entry lain). Bukan senang nak kumpul 3 generasi Hj Omar & Hjh Amanah. Tahun ni semua anak cucu,menantu dan cicit semua berkumpul dipagi raya. Mesti emak & abah rasa bangga sebab kami semua masih dapat berkumpul di rumah pusaka peninggalan mereka.

No comments:

Post a Comment