Tuesday, September 29, 2009

Raya - Jalan2 Cari Makan

21/9/2009=2 Syawal (Isnin) - Pagi2 mummy dah pegi ke Simpang Tiga untuk beli mee kuning nak buat sarapan. Ops, I did it again. Pegi terlalu awal kedai kat SPg Tiga tak bukak lagi. So mummy dgn Mama Miraki terus ke pasar PS. Nasib baik kat PS peniaga dah bukak kedai, so banyaklah 0rang jual lauk pauk dan sayur2 kat tempat biasa. Kawasan PS bau busuk sebab sampah2 orang berniaga semalam belum dikutip lagi. Nasib baik semalam cuaca elok panas, kalau hujan sure lagi bau busuk.

So menu sarapan hari ni mee goreng, nasi goreng dengan cucur ikan bilis. Cam biasa ler licin. Hari ni Mummy akan balik ke Trolak pulak. Daddy kata balik lepas solat zuhur. So pagi tu sempat lah mummy pegi berhari raya dulu rumah jiran kiri kanan. Mummy pegi dengan Mama Miraki, Mek dan anak2. Walaupun rumah2 jiran2 ni sebelah kanan dan kiri rumah Mummy tapi semua malas nak jalan, so semua Mummy sumbat dalam Naza. Satu Naza bawak 3 dewasa dan 12 kanak2..sabar jer lah.


Rumah pertama kami terjah rumah Kak Ros dan Abg Maat. Mereka berdua nilah yang kerjakan kebun sawit peninggalan emak & abah. Gang pegang dulang kat muka pintu, itulah Kak Ros. Suami dia tak ada kat rumah sebab pegi bara'an.

Air oren sejak zaman Mummy kecik2 lagi. Air oren ni tak bergas cam air carbonat sekarang. Dulu sebotol 20sen jer dan kami cuma dapat minum air oren ni kalau demam, kalau tak jangan harap nak dapat minum. Sekarang ni susah nak dapat air oren botol cam ni. 9 botol telah berjaya kami habiskan...(buat malau betul cam tak pernah minum air oren jer ngkorang ni...)

Kalau nak ikutkan masing2 tu nak dapat sorang sebotol dan tak nak share.

Emm..kuih apa nak makan ek, semua cam sedap je!

Kak Ros dan Mama Miraki



Pokok pucuk paku yang subur menghijau depan rumah Kak Ros, senang jer200 kan nak masak kutip jer kat depan rumah. Fresh lagi dan tanpa sebarang baja kimia...


Deretan kayu api (rasanya cam kayu rambutan jer), walaupun dah guna dapo gas tapi manaler tau nak buat kenduri kendara kan senang kayu api dah tersedia.


Banyak pokok bunga kat depan rumah Kak Ros ni, so apa lagi snap sekeping ler...


Pondok kecik ala2 gazebo cam kat rumah pun ada, cuma rasanya yg kat rumah Mummy to lagi cantik ler...hihihi (jangan marah ye Kak Ros)


Dari rumah Kak Ros kami pergi ke rumah Noor (biras Ros), rumah dia orang ni dekat2 jer, kira kalau menumis masak pun boleh terbau ler...hihih. Depan rumah Nor Mummy nampak basikal ni, rasa cam klasik jer gambar basikal ni. Oooooooorang biasa, basikal tua...oooorang biasa basikal tua...lama tak naik basikal ni. Dulu masa Mummy sekolah basikal cam ni ler yang mummy bawak. Masa tu teringin betul nak naik basikal mini.


Budak2 memang ngap jer kerja dia orang, tak kisah rumah siapa pun memang meja kuih yang dituju dulu. Pas tu cam biasa ler dia org tunggu tuan rumah bagi duit raya. Eh tak baik tau beraya sebab nak kutip duit raya!


Gambar ni Mummy ambik dari tingkap dapor rumah Ros. Ha ngko dari tingkap rumah pun boleh kutip sayur, punye ler senang nak masak. Ada pokok keladi, peria, timun, ulam pegaga, betuk, serai, kunyit dll lagi...memang organik betul lersayur2 yang dia orang makan.


Dari rumah Nor kami serbu rumah Wak Salisah pulak (jiran belah kiri). Yang tudung putih pegang anak tu, Ana (kawan sekolah Mummy dan kawan mandi kat parit dan kawan main anak patong dan main masak2 gak).


Makan lagi dia orang ni....dia org gumbira sesangat sebab kat rumah ni dapat duit raya RM5 seorang. Ya le sebelum ni dapat RM2 je...tak baik betul la ngkorang. Dulu2 mummy g beraya dapat 20sen pun dah bersyukur pun dan kalau tuan rumah tak bagi pun mummy tak kisah. Anak2 sekarang betul2 mata duitan!


Rumah keempat dan terakhir yang kita orang terjah, rumah Kang Ni dan Kak Sal. Kang Ni sekarang ni 'Imam Besar' surau Batu 21. Yang t'shirt merah tu Cikgu Zura anak dia orang. Sekarng ni mengajar kat Puncak Alam.


Kak Sal, perempuan yang sungguh tabah melawan kanser payudaya yang dihidapinya. Lepas operation dan kimo nampak semakin hari Kak Sal semakin sihat.


Kita makan lagi...

No comments:

Post a Comment