Friday, September 25, 2009

Duit...duit....duit raya



Duit-duit di mana kau duit? Apalah maknanya raya tanpa duit raya...heheh. Acara yang ditunggu2 oleh anak2 (dan juga emak bapak gak) selepas sesi bermaaf2an dan seso fotografi. Bukan jumlah wang yang ditunggu, tapi kemeriahan dan kekecohan semasa acara bagi duit raya ni yang ditunggu2. Bukan senang nak alami detik2 cam ni, kena tunggu dua tahun sekali tau. Bagi anak2 duit raya bukan saja dari emak bapak, makcik pakcik tapi dari sepupu2 yang dah kerja. Memang acara bagi duit raya kat rumah mummy selalunya hampir satu jam baru selesai.

Masing2 akan bersorak bila dapat duit raya. Dan pemberian duit raya tahun ni ada kategori pulak, tak tau ntah camana spontant jer kategori ni keluar... Kategori terhad, kategori terbuka, kategori terhad antarabangsa dan terbuka antarabangsa. Cam nak masuk tender kan. Apa benda semua tu???Kategori terhad maknya cuma budak2 yang belum kerja jer dapat, kategori terbuka maknanya semua anak2 dah kerja ke belum semua dapat dan kategori terhad antarabangsa maknaya anak2 dah kerja ke belum dan juga adik beradik mummy semua dapat. Tahun ni belum ada lagi penyertaan untuk kategori terbuka antarabangsa, kita tengok tahun depan camana, kalau tak gawat dan ada rezeki lebih sure kategori tu pun ramai penyertaanya. So kebanyakkannya pemberian duit raya jatuh pada kategori terbuka.




Kiri : Keadaan trafic dalam rumah agak sesak, ada yang potong Q, nak senang dijadikan si Danny ni sebagai batu sempadan nak pastikan x de yang Q dua kali...bijak2
Kanan : Apa ni Abg Iki, janganlah cekik Along, kan Along yang beratur depan dulu...
Eh! Mummy pun ikut beratur ker??? Emm..mestilah, Mummy 'terpaksa' bawak Dafiy beratur sebab nanti orang tolak2 Dafiy jatuh pulak..kan Dafiy kan!!! Selain dari tu nak pastikan anak2 Mummy tak 'terlepas' duit raya...hehhehe
Terima kasih.
Cepat2 sapa nak duit raya...kategori terhad antarabangsa...adik beradik semua dapat
Kiri : Yeyey Gee bagi duit raya. Lepas duit tol ngan minyak
Kanan : Dania - berapa le duit Mummy bagi ni
Kiri : Danny - Mummy janji nak bagi Along RM50 sebab cukup puasakan? Mummy - Ya, Mummy bagi. Danny- Tima kasih Mummy, sayang Mummy
Kanan : Eh ni bukan dah lebih umur ke?
Mama Miraki dan Erra bangga dengan collection duit raya yang berjaya dibuat. Wang besar...wang besar...
Jangan tak caya Mummy yang dah 'tua' cam ni pun masih dapat duit raya lagi tau. Duit raya special lagi, dari emak dan abah. Walaupun emak abah dah tak ada kami masih merasa hasil peninggalan mereka. Hasil 12 ekar sawit tiap2 bulan dimasukkan dalam akaun dana keluarga. Setiap raya dapatler Mummy dan adik beradik yang lain duit raya ni. Selain dari duit raya dari emak dan abah Mummy dapat gak duit raya dari Daddy (pst. bukan dapat pun, tapi Mummy mintak...boleh gitu!!!)

No comments:

Post a Comment