Wednesday, September 23, 2009

Parit Sulong Sehari Sebelum Raya

19/09/2009 = 29 Ramadha (Sabtu) - Pukul 6.45am Mummy dan Mama Miraki dah siap2 nak g pasar PS beli lauk pauk untuk raya dan juga berbuka puasa petang ni.

Cam biasa ler Mummy jadi 'driver' tetap dan berpencen untuk gi ke pasar. Cuma tahun ni Mama Miraki yang jadi partner mummy. Selalu tu Kak Noor atau pun Som yang temankan Mummy. (pst..Mama Miraki tu sanggup jadi partner Mummy sebab sibuk nak ak gambar jer, alah Mummy tau ler...hehehe)

Peniaga tak ramai lagi, tapi orang yang nak membeli memang dah ramai. So mummy ngan Mama Miraki cam lipas kudung le dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Lepas beli dan tangan tak kuat nak angkat lagi hantar dulu masuk keta pas tu beli lagi. Memang meletihkan. Mana tak letih tengah sibuk nak beli barang2 masa tu ler sibuk nak snap gambar...hihihi...


Cam biasa ler Mummy parking dekat belakang pasar dekat ngan Masjid PS. Ready made ketupat. Walaupu dah ada ketupat segera tapi ketupat daun kelapa gak yang best.

Biasanya orang jual daging kat area pasar basah tapi tahun ni semua jual kat belah depan tepi jalan so, korang bayangkan ler kami berdua mengangkat daging 12 kilo dari tempat org jual tu sampai ke tempat letak kereta, mau putus rasanya urat jari. Tu pun ada bawak barang2 lain lagi tu.

Bang bagi daging 12kg bagi diskaun sikit yer. Boleh potong kecik tak bang? Maaflah dik hari ni tak sempat, orang ramai. Sebenarnya mummy dah agak dah, tapi saja jer mulut gatal. Mana ler tau kut2 abg jual daging tu bermurah hati nak tolong potong daging yg mummy beli.

Ni la brother yang jual kopi kegemaran Mama Miraki & Hubby. Sampai 2.5kg dia beli. Nak mandi kopi apa. Mummy beli 300gm jer, tu pun rasanya dah dibancuh masa kat kg. Tak per ler mummy guna kopi seger 2 in 1 jer. Lagi pun Mummy bukan peminat kopi sangat pun. Sesekali boleh ler. Tapi kopi yang abah buat dulu2 memang best...Sempat gak kita orang beli kayu pemotong ni. Punya le lama nak menunggu apek yang menjual. Ntah mana dia pegi.

Lepas beli barang terus hantar ke kereta pas tu gi beli lagi. Penat wa cakap lu.

Tengok ni orang nak beli santan pun beratur. Lain kali tuan kedai ni kena guna sistem no giliran le. So tak der ler nak kena beratur panjang. Kesian kat akan yang pregnant tu. Masa kita orang beli santan, brother yang menjual cam terkejut jer, ya la orang beli paling banyak 2kg, ni kami beli sampai kg. Nak mandi santan apa.

Masak rendang kalau tak ada daun kunyit tak lengkap.


Mummy singgah kat kedai orang jual stokin. Tak tau ler stokin reject ker stokin rampasan...yang pasti cantik2 dan murah. Sepasang RM1 jer. Mummy beli 6 pasang cuma RM5. Stoking cinderela tu sebiji macam yang mummy beli kat Sogo, tapi kat Sogo sepasang jer RM8.90. Menyesal pulak beli kat Sogo....heheh...bertambah ler collection stockin anak dara mummy

Mummy dan Mama Miraki dah keletihan. Sampai kat kedai apek yang jual barang2 kering mummy ngan Mama Miraki dah tak larat nak ambik barang2 yang nak dibeli, so kita orang order jer kat apek apa yang nak. Hihih...bila lagi nak buli apek PS ni...soli ya apek. Wa janji tatak buat lagi

Petang kul 4pm Mummy g PS lagi, mummy g dgn Daddy, Som , Enal dan anak2 mesti ikut punye ler. Biasa ler selagi tak raya selagi tu ada jer benda nak beli.

Last minute shopping. Daddy beli butang baju melayu dan songkok.

Tengah ronda2 terserempak dengan anak saudara Mummy Iwan dengan wife dia Ayu dan Icah. Anak2 mummy sibuk nak beli beg duit...heheh...persediaan utk kutip duit raya tu.

On da way balik, singgah kat Green Point dekat Balai Polis PS. Beli air RO le. Nasib baik ler ada mesin jual air tapis ni. Kalau tak jenuh ler nak jerang air dan nak sejukkan air. Memang berbotol2 kami beli air. Sehari 2-3 kali le g beli. Air batu pulak sehari 2-3 beg.

2 comments:

  1. oic, mummy gee orang parit sulong tewww..

    ReplyDelete
  2. ya en me saya dilahir dan dibesarkan di PS. Sekoalh pun kat PS gak...tapi bertemu jodoh dgn bukan org PS....hheheh

    ReplyDelete