Monday, September 7, 2009

Projek Kuih Raya : Part 1

6/9/2009 (Ahad) - Cam biasa lepas shur mummy tak sambung tido pun, hari ni mummy plan nak buat kuih raya lah. Bila lagi nakstart buat ni. Tinggal minggu ni dan minggu depan jer. Sebenarnya belahbagi gak fikir bila masa yang sebaiknya untuk buat kuih ni. Kalau buat siang hari, kesian pulak kat anak2 mummy takut dia orang tergoda dengan bau kuih raya tu. Kalau buat lepas buka takut mummy terzzzzzzzz ler pulak masa bakar kuih tu...heheheh...alasan betul ler.

So hari ni mummy start dengan kuih yang paling simple jer, tak perlu banvuh2 tepung dan tak perlu bakar2 kuih. Mummy buat 'Cornflake Chocolate', kuih yang sempoi dan senang buat dan disukai oleh budak2 (emmm emak bapak budak pun suk agak...
Senang jer nak buat cornflake chocolate ni cairkan chocolate, tuang kat cornflake, masukkan dalam paper cup dan hiar ngan white chocolate. Dah siap...senang kan....

Lepas chocolate cair masukkan cornflake dan gaul sampai rata


Pas tu masukkan dalam paper cup

Hias ler sikit dengan white chocolate...dah siap. Senang kan.

Dah siap masuk balang lagi. Banyak ni tak cukup lagi. Maklumler nak kena bawak balik ke kg mummy, kg in law, tinggal sikit kat rumah dan Kak Mek suruh buatkan 100pcs.

Lepas siap buat kuih mummy ajak Daddy gi cari baju melayu utk daddy ngan anak2. Ajak daddy ke PKNS Shah Alam Daddy kata jauh sangat,lagi pun lepas Zuhur daddy nak gi main golf sat. So lastnye gi ke PKNS Bangi jer.

Som gi beli baju ronda2 dulu kat PKNS. Akhirnya terjebak beli camera baru. Tapi camera memang mummy plan nak beli pun. Alah mummy beli camera biasa jer, tak der lah sampai beribu. Ada 4GB memory card. OKlah tu nanti raya boleh bergaya sakan kat kg.
Mahal gak orang jual baju Melayu anak2 ni yer. Kalau saiz Dafiy yang cinonet pun untuk kain yang elok sikit paling murah orang jual RM4o. Jumpa dah yang berkenan dihati kat satu kedai. Ada saiz utk anak2 dan daddy dan warna pun purple yang memang sedondon tone nye ngan baju mumy dan Dania. Harga ikut saiz ler. Dari RM40 ke RM 160. Bila dah kira2 emmm dekat RM400 gak utk baju Melayu 1 dewasa ngan 3 anak2. Mummy ajak daddy pusing2 dulu kedai lain. Tapi mummy rasanye kedai lain tak de warna yang mummy nak, dan kalau ada pun saiz tak ada pulak.

Pas tu daddy ajak ke Warta pulak. Kat warta lagi out. Baju2 Melayu tak menarik langsung. Dah terlanjur g Warta mummy g pulangkan buku cerita dan pinjam tiga buku cerita yang baru pulak. Puasa2 ni kurang sikit mummy baca buku cerita. Kalau tak selalu maraton satu hari nak perabiskan buku2 cerita tu, biasa ler tak sabar nak tau ending dia.

Daniel bergaya dengan baju melayu barunye...

Cam samajer style Danish ni...tiru Daniel yer...heheh

Yeye tahun ni Dafiy dapat bakai baju melyu, mummy dah belikan...handsomenye anak mummy ni. Tahun lepas tak boleh bakai baju melayu lagi, emm tahun i dah 'dapat kaki' boleh ler melaram dan berjalan kutip duit raya!

Tiga hero mummy yang handsome...baru teringat samping Danish & Dafiy tak dapa tlagi dan songkok Danish dan Daniel pun tak dapat...emmm another shopping!

No comments:

Post a Comment