Monday, September 14, 2009

24 Ramadhan

13/9/2009 = 23 Ramadhan (Ahad) - Lepas sahur mummy sambung buat almond london. Ingatkan dah malas nak buat. Kak Mah (Mama Farhan) call dia nak gak almond london tu, dan Kak Long pun ada call dia nak Cornflake Choc pulak. Dan hari tu pun buat dapat tak sampai 200 biji. Tahun lepas rajin betul mummy buat almond london, rasanya dekat 500 biji ada sebab mummy bagi kat semua adik beradik sorang sikit, kira cam gift hari raya ler...heheh. Tapi tahun ni rasa malas ler nak buat beria, mummy rasa mood hilang sebab chocolate punye pasal, tak tau ler masa nak salut choc kat almond london 1st batch tu cam tak cantik je. Mummy buat double boil cam biasa je. Choc pun beli choc cam tahun lepas. Tapi bila 2nd batch salut cantik jer tu yang mood datang balik..heehhe...ni ada dekat 180 biji nak salut...choc ada lagi tapi almond nib habis ler pulak.

Lepas tu dalam kul 11am mummy ngan daddy bawak anak2 gi Alamanda. Plan nak pi cari kasut dia orang dan beli barang2 dapor. Hari ni mummy bawak semua anak2. Si Dafiy pun ikut sama. Tak boleh nak tinggal kat rumah sebab bibik nak mengemop rumah atas bawah, kalau ada budak2 susah gak dia nak buat kerja.

Orang ramai betul kat Alamanda. Selagi tak raya tak habis2 ler orang shopping. Lastnye tak dapat pun kasut dia orang, belanja barang dapor jer.

Si Dafiy ni asyik nak berlari je, jenuh gak nak mengejar. Berganti dokong dengan Daddy ler. Daniel tak lepas peluang nak bergambar. Si Danish merajuk tu yang dia tak nak bergambar.

Balik dari Alamanda sampai rumah hampir pukul 3pm, terus solat dan zzz kejap...Kul 5 masak ler cam biasa.

Sotong goreng tepong dan sup ayam. Sotong tu licin, sebelum tidor daddy ratah sotong tu ngan mayonis. Sup ayam makan panas2 pas tu letak sambal kicap...


Daging goren dan siakap tiga rasa (ke banyak rasa????). Cam biasa ler kalau nak goreng daging ni mesti Mummy call Kak Lah (Mama Shasha) . Selalu mummy buat tak sana cam Kak Lah Masak. Tapi hari ni memang menjadi. Cuma kacang panjang tu mummy ganti dengan kacang boncis sebab malas nak g kedai lagi.


Ikan sepat masin masak lemak cili api dan ikan sembilang goreng berlada. Ni medu daddy ler. Beli jer. Cerita pasal ikan sepat masak cili api ni, daddy ngan mummy sebenarnye tak puas hati. Ikan sepat (anak ikan pun sebab kecik) tu separuh je, rasanya lebar seinji dan panjan dua inci, pas tu ada nenas dipotong nipis ada tiga dan dia charge RM2.50. Mummy rasa sepatutnya RM1-RM1.50. Pas tu makcik yang jual garang nak m****s pulak tu, muka masam mengalahkan orang lepas gaduh ngan laki...bila buka daddy kata tak der ler sedap mana pun, memang lain kali tak beli dah kat kedai situ. Ada orang nak beli kerang cili api RM2 tapi makcik tak bagi dia kata minimum RM3. Pas tu mummy tengok ada ler dalam 10 biji kerang (eh ekor ke biji hah??? kerang mana ada ekor kan...ehhehe) kecik2 utk RM3.



Kuih wadeh, karipap dan ayam goreng, pun beli gak. Karipap tu 3 RM1 tapi dah ditibai Dania dalam kereta lagi.


Pecal dan pucuk kerabu paku. Pecal tu boleh tahan sedap cuma kurang pedas. Ya la mummy ni kan kuat makan pedas.

2 comments:

  1. gee..kau ni menu wajib ke ikan keli tu...hhihihihi. aku dah bosan ni tak tau nak masak apa dah....

    ReplyDelete
  2. Woit itu menu wajib One, dia beli seekor memang untuk dia sendir le

    ReplyDelete