Friday, September 18, 2009

Nak balik dah...

Ini entry terakhir sebelum mummy dan keluarga balik ke kampung. Insyallah malam ni dah sampai ke PS. Plannye nak berbuka kat R&R atau hentian sebelah dgn Mama Miraki dan Mama Shasha (Kak Lah). Kalau nak makankat hentian sure ramai orang dan makanan ntah apa2 rasa, so to be safe mummy masak le ikan tenggiri berlada, ikan tenggiri lemak cili api dan sambal goreng. Cukup ler tu , nanti campur dengan lauk pauk yang Mama Miraki bawak cukuplah untuk berbuka.


Tenggiri lemak cili api, favourite menu anak2 mummy. So kena lah masak gak, nanti berbuka monyok pulak.

Ikan tenggiri goreng berlada. Mummy ni tak habis2 ngan ikan tenggiri dan parang ek. Tapi hari ni g pasar ikan memang murah. Tenggiri yang selalu RM28-RM35 sekilo tinggal RM21 jer. So mummy beli seekor berat 2kg lebih baru jer RM46.

Barang2 yang nak dibawak balik. Tak tau ler muat ke tak keta. Agak2 kalau tunggu bas Lian Hoe tepi jalan dengan barang2 banyak ni, bas tu nak berhenti tak ek...hihihi...Tengok tu siap ngan bantal ngan toto lagi. Almaklumler balik rumah tinggal kenalah bawak semua tu, lagi pun orang ramai , mana bantal kat kg nak cukup kan.

Ni baru sebahagian barang yang berjaya disumbatkan dalam keta, ada lagi yang tak masuk ni. Camna hah. Rasa cam skarang gak nak suruh daddy letak storage atas bumbung keta ni. Kompom le kat celah2 kaki nanti pun kena susun barang gak...inilah penangan raya dan nak balik kampung. Ok warga PS tunggulah kepulangan mummy dan keluarga.

No comments:

Post a Comment