Wednesday, September 23, 2009

28 Ramadhan - Balik Kampung

28/09/09 = 28 Ramadhan (Jumaat) - Lepas siap masak mummy solat zuhur dan baring2 kejap sebab penat. Kul 4pm mummy kerah anak2 semua mandi. Lepas solat asar kami bertolak balik ke kg. Hantar sms kat Mama Mirakai, dia kata dah sampai Bandar Tasik Selatan. Kira ok ler tu tak der la jauh sangat jarak. Kami janji nak berbuka puasa sama2 kat mana2 R&R atau hentian sebelah. Target memang R&R Ayer Keroh le.

Masa bertolak tu gerimis sikit2, harap2 masa nak berbuka nanti dah reda lah hujan hendaknye. Keluar tol Bangi keadaan PLUS hway biasa jer, kereta agak banyak tapi tak sampai tahap jam lagi ler. Sampai R&R Nilai dah mula jam. Dengar kat radio, jam dari Nilai sampai lepas tol Senawang...emm boleh tahan gak tu jauhnye, tak taulah sempat sampai Ayer Keroh sebelum buka ke tidak.


Keadaan jalan raya selepas R&R Nilai, jam gilos. Ramai orang ikut emergency lane. Mummy suka bila polis tunggu kat emergency lane selepas Tol Nilai dan saman orang2 yang tak sabar ni. Orang lain boleh beratur elok2 dia orang suka2 jer nak ambik jalan pintas. Padan muka kena saman. Selepas Tol Senawang hway kembali clear dan perjalanan lancar jer.

Seriusnye Daddy masa bawak keta. Dafiy tak mau duduk belakang dengan bibik. Bila mummy bawak dia duduk depan suka betul dia. Tapi tu ler tangan tak berhenti nak memegang dan menarik itu ini.


Penat main kat rumah so tak lama masuk keta masing2 zzzzz je. Danny termenung fikirkan apa tu??? Si Dania terlentok jer. Nampak tak selimut yang Dania pegang tu. Dia tka boleh merenggang dengan selimut ut. Man apegi mesti dibawaknya. Kalau kita buat2 lupa dia yang akan pastikan benda dibawak, tak tau ler sampai bila dia nak usung selimut busuk dia....

Mummy sampai kat Jejambat Ayer Keroh dalam kul 6.45pm , tengok kereta dah penuh parking dan pondok2 smeua dah berpenghuni. Bila dah sampai kawasan hujung sikit ada lah satu pondok tak der penghuni lagi , so mummy cepat turun keta dulu utk 'chop' pondok tu sementara daddy gi parking. Tak lama lepas tu Mama Miraki pun sampai. Kami sibuk ler turunkan bekalan masing2 dari rumah. Jangan tak caya Mama Miraki sempat lagi buat udang goreng tepong...emmm nasib baik takder org datang nak beli, dia org ingat org berniaga...Kak Lah sepatutnya joint kota orang tapi dia lambat lah pulak.


Sampai jer Mama Miraki terus pasang dapor gas kecil dan goreng sotong. Tengok ler anak2 berkerumun tak sabar nak ngap sotong goreng tepong panas2. Emm menyelerakan tak tengok sotong dalam kuali tu.


Anak2 Mummy dan Mama Miraki sementara tunggu masa nak berbuka.


Amboi Ika, diapit oleh abang dan sepupu2nye. Emm lagi 15 tahun dapat le Mama Miraki menantu ni.


Lepas solat maghrib, kami lepak2 dan jalan2 g kedai2 kat jejambat tu. Daddy 'terjebak' beli kasut Adidas kat AL-Ikhsan, emmm terbang gak ler dekat RM200, klu kat kl rasanya tak sampai tu pun harga dia...sewa mahal kut tu yg dia org jual mahal. Kasut yang sama daddy beli untuk Danny tengahari tadi kat Al-Ikhsan Bangi cuma RM69 tapi kat sini dia jual RM99...beza RM30 tu ...


Pilih Daddy, jangan tak pilih...si Danish ambik peluang ler nak main bola.


Dua bibik lepak santai lepas berbuka. Ika dan Mama Miraki

Kul 9am sambung perjalanan lagi, kami exit kat Tol Tangkak. Yin call masa Mummy sampai kat Sungai Mati. Masa tu dia baru nak bertolak balik. So sebab tak nak jadi orang pertama sampai kampung (hihi....alasan standard tak de kunci) Mummy singgah kat Restoran Mertabak Singapore. Lokasi restoran kat Tanjung Agas (selepas MRSM Muar dan sebelum jambatan Muar).


Restoran ni beroperasi sampai awal pagi. Tapi malam ni dia tutup awal sikit rasanya sebab murtabak semua dah habis. Ada 3 jenis murtabak kat sini, normal RM6, super RM10 dan Special RM13. Ynag normal tu makan utk dua orang memang kenyang ler. Mummy order dua normal dan dua super. Licin semua.

Martabak Songapore ni memang sedap, selalunye memang kena tunggu agak lama (memang lama pun) sebelum org datang ambik order, so kalau nak cepat terus masuk ke kedai dan order. Klu duduk kat luar memang berjanggut ler nak tunggu org datang ambik order. Itu baru ambik order, so berapa lama nak tunggu pulak sebelum order sampai??? Ikut nasib ler...heheh. Mummy rasa kalau dia improve dua perkara, mummy jamin kedai ni akan semakin terkenal. Apa dua perkara tu??? Pertama gantikan sos untuk cicah mertabak tu dengan kari ayam ke daging, sure lagi terangkat. Yang kedua, dari segi layanan. Pelayan kedai nak ambik order muka punye ler garang, cam singa beranak songsang jer (emm ada ker peribahasa tu hah, ah tibai jer lah labu).

Sementara tunggu apa yang diorder sampai Mummy sempat terlelap kejap. Daddy lak sempat membelek2 kat kedai bundle. Nama jer kedai bundle tapi dua helai t'shirt Burberry & Converse pun RM70 gak.

Apa lah yang disembangkan Abg Wan, Ayah Botak (hubby Mama Miraki) dan Daddy ni. Kak Lah, Mummy dan Mama Miraki, standard ler tengah malam pun nak berposing gak.



Lepas makan2 dan lepak, kami sambung perjalanan balik kampung (cam sabut hanyut betul, banyak persinggahan). Kami sampai kampung hampir pukul 12.30am. Lampu rumah dan jalan dah terang benderang. Masa tu Yin baru jer sampai dalam beberapa minit. Walaupun dah lepas 12 tengah malam tapi mata masing2 tak mengantuk langsung. Sure jiran tetangga yang sedang sedap beradu terganggu dengan keriuhan anak2 kami.

Suasana rumah pusaka emak abah semasa kami tiba. Cantik tak pondok kecik@gazebo ni??? Siap ada langsir lagi. Ni semua kerja Mek ngan hubby dia le. Sure jadi tempat melepak anak2 sepanjang cuti raya ni.

Akhirnya dah dekat kul 2am kut baru mummy tidor, anak2 tak tau ler dia oraang tido pukul berapa. Kul 4.00 kakak Mummy, Som sampai dair JB so, terus ler kami bangun untu masak sahur. Menu sahur sempoi je, ada nasi goreng dan nasi putih dgn lauk pauk yang kami makan masa buka tadi. Susah betul nak kejutkan anak2 masa sahur sebab masing2 baru jer terlelap tidor kul 3 ke 4....

No comments:

Post a Comment