Saturday, September 12, 2009

Shopping vouchers...malunya

11/09/2009 (Jumaat) - Lepas lunch semalam mummy gi ke Alamanda Putrajaya. Plan nak ke Parkson cari baju untuk Dafiy. Orang memang ramai sebab lunch hour break hari Jumaat kan lama sikit. Mostly pompuan ler. Walau tengah bulan msng2 berbeg2 lagi.

Before sampai ke Parkso, 'terlalu' le Butik Bonia, emm teringat ler voucher Bonia yag mummy dapat tu. So sebab kat dalam tu ramai gak orang mummy masuk le dalam kedai (mummy tak suka masuk kedai yang tak ada orang seba nanti promoter/sales girl follow jer, tak tenang nk memilih dan membelek harga...hihihi).

Kata ada offer tapi mummy tengok harga setakat 10-20% jer. Kalau yang 50% item tak banyak. Sebelum decide nak beli apa2 mummytanya dulu sales girl tu , cas voucer bole guna ke tidak. Dia kata boleh tapi for item yang normal price je. Mak aii tak aci betul, patut ikut suka orang ler nak beli barang apa pun janji mummy bayar ni nak kena beli yang nomal price jer (cam nak marah gak...hehh). Apa nak beli ni ek, handbeg pun paling murah dalam RM 700++. Dah le barang2 dalam kedai tu tak banyak mana pun. So lepas fikir dan mencuba itu ini lastnye mummy decide beli kasut jer.

Dengan guna voucher tu mummy setakat dapat kasut dengan purse jer (emm tu pun nak kena tambah duit lagi). Kalau voucher tu boleh tukar ke cash mummy rasa better ambik cash jer, dapat gak RM600 cash, emm lepas gak duit raya.

Mummy bukanlah orang yang mementingkan brand, janji barang yag nak dibeli tu selesa dan sesuai dipakai sudah. Kasut mahal pun letak kat kaki gak....(ni kata2 orng yang tak berapa berduit sebenarnye...hehehe)

So masa nak bayar tu mummy dengan confident kelurkan ler voucher yang ada dalam beg, mak ai nak gelak pun ada malu pun ada, rupa2nye mummy bagi kat sales girl tu voucher Sogo. Sales girl tu pun senyum2 jer. Puas mummy cari dalm handbeg tapi voucher Bonia tak ada pun dalam beg. Alamak macamana ni,camana nak bayar, nak bayar pakai cash rasa rugilah pulak. Lastnye dengan muka selamba mummy cakap kat sales girl tu tak jadi beli sekarang, kena ambik dulu voucher tu(mummy rasa tertinggal kat office ke ada dalam beg notebook mummy ler).

Dari kedai Bonia baru mummy ke Parkson dan ke Carrefour. Masa kat kereta nak balik mummy check dalam beg komputer, Alhamdulillah rupanya voucher tu ada kat pocket beg. So mummy pegi semula ke kedai tu dan beli kasut yang mummy dah pilih tadi. So raya ni ada ler kasu ngan purse baru...cuma takut nanti purse tu lagi mahal dari duit yag ada kt dalamnya....hahhah.

Nanti mummy post gambar kasut ngan purse baru mummy yer. Barang2 tu kat kereta lagi.

1 comment:

  1. hahaha malunya aku. Tulah kedekut lagi nak bagi voucher tu kat aku...hihihi hah melaram sakan ler raya ni..

    ReplyDelete