Monday, September 7, 2009

16 Ramadhan - Pot Luck @ Rumah Mama Miraki

5/9/2009 = 16 Ramadhan (Ahad) - Lepas sahur hari ni mummy buat cornflake choc. Pukul lapan lebih dah siap. Mummy buat sorang2 jer, daddy ngan anak2 semua tidur lagi.

Pukul 10 mummy ajak daddy g cari baju melayu untuk daddy dan anak2. Mummy setuju tapi kena balik sebelum kul 1 tgh sebb daddy nak g main golf.

Balik dari shopping mata ngantuk ler pulak so plan nak zzzzzzzz kejap tapi tak boleh nak lelap ler pulak. So lepas solat Zuhur mummy siap2kan bahan2 untuk masak. Hari ni ada majlis buka puasa pot luck kat rumah Mama Miraki. Best boleh jumpa adik beradik yang lain dan yang pasti anak2 mummy tak sabar2 nak ke sana sebab nak jumpa ngan sepupu2 dia orang. Mummy masak tenggiri goreng berlada, spagethi dan lemak cendawan.

Lepas siap masak, terus pack makanan tu dalam bekas. Pukul 5 mummy dah suruh anak2 bersiap. Daddy sampai rumah 5.45pm (emm nasib baik dia balik cepat...). So dalam pukul 6 baru bertolak ke rumah Mama Miraki. Nasib baik jalan tak jam.

Cam nak berkelah kan, siap bawak bakul untuk isi makanan...


Tengok Dafiy dah boleh duduk sendiri dalam kereta. Eh mana seat belt Dafiy? Kenapa tak pasang?

Bibik dan anak2 masa nak bertolak ke rumah Mama Miraki

Sampai kat rumah Mama Miraki semua orang dah ada . So kira kami family terakhir yang sampai. Kali ni ada keluarga Kak Noor, Kak Lah, Mummy dan Mama Miraki. Kak Mah & family tak datang sebab ada program rumah in law dia. Rasanya ada dekat 25 orang semuanya. Masa sampai Mama Miraki, Kak Lah dan Kak Noor masih sibuk di dapor. Malum ler nak makan 'semua panas2' so last minute semua baru digoreng atau dibakar. Tapi tima buka semua nye siap.


Menu Pot Luck

Menu pot luck 'sederhana tetapi meriah' ler heheh...kira level cam hotel 3 bintang gak ler...dan yang pasti memang sedap2 belaka (psst...ada gak yang termasin, almaklum puasa..heheh).


Meja hidangan utama dan meja minuman & desserts. Ada lagi makanan yang tak letak atas meja lagi ni.


Sup tulang dan peria goreng Mama Miraki

Sotong dan ayam goreng tepung. Licin tinggal pinggan jer. Mana taknya masa buka bendalah ni masih panas berasap lagi, memang ler sedapmakan cicah sos kan.


Ikan tenggiri goreng berlada dan lemak kuning cendawan. Ada orang hampir kempunan tak dapat makan lemak cendawan. Okey ler tu Kak Noor dapat gak kuah ngan saki baki cendawan tu...

Spagheti mummy le ni

Sambal goreng dengan lemak cili api nangka cooked by Kak Noor.

Ayam masak kicap dengan koih kosui menu Kak Lah. Sedap kosui tu , lembut betul.

Pengat keladi + sagu dan sagu gula melaka Mama Miraki. Mummy tolong masakkan sagu biji tu jer.


Puding coktail Mama Miraki. Tak sempat nak makan dah banyak sangat makanan lain.


Biasa le kuih kegemaran Mummy mana boleh tinggal, tako dan koleh kacang. Mummy beli masa dalam perjalanan.

Martabak daging Arif bawak ngan ikan bakar Mama Miraki

Suasana sebelum buka puasa



Mak aii puasa ker tiga anak dara tu? Si Ijah macam dah seminggu tak makan je...


Kaum ibu bersilat kat dapor menghidang makanan, kaum bapa santai jer sembang sementara nak masuk waktu buka...tak adil...tak adil..



Tiga mak dara vs 3 anak dara...mana yang lagi vogue!!!

Suasana semasa berbuka...

Allahuakbar Allahuakbar....so apa lagi masing2 pun serbu ler ke meja makan. Menu memang berbagai2. Pilih jer lah mana yang berkenan dihati. Tapi jangan makan banyak2 dulu nanti tak larat nak Maghrib pulak....


hah daddy makan sikit jer sup tulang tu, nanti naik kolesterol ngan darah tinggi pulak


Khusyuk tengok anak2 makan...

Suasana selepas berbuka...


Mama Miraki tengah goreng cekodok pisang. Menu atas meja banyak lagi pun dah buat makanan lain lagi. Mummy control ayu...rambut lepas rebonding tu...hehhe

Lepak2 santai lepas berbuka...

Tuan rumah dah kepenatan
Mummy balik ke rumah hampir pukul 11 malam. Semua zzzz dalam kereta termasuk la mummy. Kepada Mama Miraki dan keluarga terima kasih banyak kerana sudi jadi host majlis buka puasa untuk minggu ini. Rasanya lepas ni jumpa kat kampung untuk majlis buka puasa Insyalah. Minggu depan masing2 sibuk nak buat kuih raya. Balik masing2 tapau lauk2 yang tak habis untuk sahur nanti.

1 comment:

  1. sedap2 kan lauk paukkita ni erk...hihihihi tengok time puasa ni lapar ler pulak

    ReplyDelete