Tuesday, September 15, 2009

24 Ramadhan

14/09/09 = 24 Ramadhan (Isnin) - Hari ni mummy kena prepare gaji. Ya lah minggu depan kan dah nak raya , so bayar lah gaji awal. Bole ler nak beraya. Tapi tulah kan kalau dapat gaji awal sure berjingut nak menunggu gaji bulan depan..hehhe...Pandai2 ler, nanti ada yang lunch makan serdak raya. Kalau nak jimat g jer mana2 opeh house, alah hari rayakan tak kenala pun tak apa singgah je. Boleh gitu???

Emm apa menu buka mummy hari ni? Cam hari2 lain gak ada masak ada yang beli.


Karipap kentang dan kuih2 favourite mummy...kole, kasui dan puding jagung
Yang ni masak sendiri la, ikan parang goreng ngan ikan kembung masak lemak cili api. Ikan kembung tu baki semalam, sayang nak buang so bibik masak lemak ler...termakan gak


Sambal goreng tempe ngan tauhu dan ayam goreng rempah...sambal goreng tu buat tapi ayam tu beli jer. Pemalas betul ler mummy ni, ayam goreng yang sempoi tu pun beli, goreng le sendiri.

Door gift Daddy dapat masa dia buka puasa dengan partner. Chocodate. Kurma disalut chocolate.

No comments:

Post a Comment